Thursday, May 15, 2025

Nanti Saya Tanya Suami Saya Dulu...My Favourite Polite Way to Reject

 

You know what guys, kalau orang tanya apa polite way paling selamat untuk tolak ajakan or tawaran tanpa buat orang kecik hati, my go to line is "Nanti saya tanya suami saya dulu."

Serius. It works every time. Macam contoh:

"Ain, jom la join trip ni!"
"Eh bestnya, nanti saya tanya suami saya dulu ye."

Padahal, I dah tahu dah jawapan I. Memang tak pergi. Tapi dengan ayat tu, orang takkan terasa. Dia takkan push. Sebab bila involve suami ni, dia macam 'oh okay, nanti lah'.

Yang kelakarnya, suami I time tu elok je tengah main game, tengok movie, kadang tengok TikTok entah apa benda. Dia tak tau pun dia dah kena blamed atas keputusan-keputusan yang I buat sorang-sorang ni. Kadang bila I cerita dekat dia minggu depan, dia macam, "Oh ye ke? Bila masa pulak I cakap tak boleh?"

Hahahaha sorry sayang, you jadi scapegoat kejap.

Tapi betul lah, sometimes kita malas nak explain panjang-panjang kenapa kita tak boleh or tak nak join. Nak cakap busy, nanti orang cakap alasan. Nak cakap tak minat, nanti kecik hati. So the safest, easiest way is blame the husband.

Setel.

And I know ramai isteri out there buat benda yang sama. Jangan tipu lah. Benda ni macam mutual understanding sesama kaum isteri. Bila someone cakap, "Nanti saya tanya husband dulu," kita semua tahu maksud dia. Tapi kita diam je, sebab kita pun buat benda sama. Hehe.

So yeah, this is my favourite polite way to reject without hurting anyone's feelings.
Nanti saya tanya suami saya dulu.

Till we meet again,

' Ain

2 comments:

  1. Hehe.. suami jadi scapegoat.. menarik juga alasan ni
    salahkan suami dulu 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. menjadi setakat ni. takde siapa berani persoalkan. hehe

      Delete