Assalamualaikum…
Alhamdulillah.. setelah sekian lama saya menyepikan diri baru hari ini saya mempunya kekuatan untuk mengupdate blog saya yang tak seberapa ini. Sesungguhnya saya mengalami dugaan yang saya hampir tak mampu untuk saya tanggung. Namun saya sedar hakikat bahawa apa yang berlaku itu adalah ketentuan Allah SWT. Biarlah saya rahsiakan apa yang saya alami itu.. jauh ... nun di dalam hati saya... namun saya memohon agar kalian dapat mendoakan agar saya mampu untuk menempuh segala onak dan ranjau kehidupan.. segala dugaan yang Allah telah tetapkan… saya hanya mampu berdoa agar diberi ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan saya seperti biasa. Pasti ada hikmahnya setiap kejadian.
Dan syukur mungkin kerana itulah saya telah memilih unutk menutup aurat. Rambut saya yang panjang yang sentiasa dibiarkan lepas kini saya lindunginya . sungguh bila kita melakukan sesuatu itu kerana Allah, Mashallah segalnya lancar dan mudah. Sakit migraine yang selama ni menjadi penyebab saya tidak bertudung kini hilang sepenuhnya.. Alhamdulillah…
Akhir sekali… yakinlah bahawa Allah sentiasa ada.. sentiasa bersama kita.. Ya Allah jadikanlah aku manusia yang sentiasa redha.. Amin