About Us

Sunday, August 25, 2013

Gambar peminat solat berjemaah sebelum melihat konsert metallica


Hari tu heboh kata mereka pergi tempat maksiat mesti buat dosa lagi tak sembahyang. tapi gambar di atas membuktikan bukan semua mat rock tu tak sembahyang. Rasa bangga sangat tengok mereka berjemaah sebelum melihat konsert.

kadang kadang aku tak faham. orang suka menuduh tanpa usul periksa, melabel dan cop orang akan masuk neraka sedangkan mereka sendiri tak pasti akan masuk syurga.

Sebenarnya kita umat Islam bukan lah kena hidup dalam keadaan kolot dan tak berkembang. Ni zaman teknologi, zaman moden what.. kita pun boleh je berhibur TAPI.. kenalah mengikut syariat Islam. Kalau masuk waktu kena sembahyang. kalau yang perempuan pula kenalah menutup aurat. 

Maybe lepas ni kita semua kena tukarlah cara berdakwah. jangan berdakwah sampai remaja tak minat  langsung dengan Islam. Islam ni mudah.. kita yang buat susah.

Sumber: Media permatang pauh



1 comment: