Sunday, May 18, 2025

Untuk Adik Biras, Yang Tak Jadi

Hello there…

Tadi masa scrolling Instagram, terjumpa satu post tentang seseorang yang pernah I kenal. Hmm… nampaknya cerita cinta yang dulu pernah dibayangkan tak jadi kenyataan. Deep down, I pernah ada soft spot for this person. Pernah terdetik, “Alangkah indahnya kalau dia boleh jadi sebahagian dari keluarga kecil kami.”

Tapi siapa lah kita nak persoalkan cantiknya susunan Allah. Setiap orang dah tertulis kisahnya, dah ditetapkan takdirnya, dan dia pun akhirnya bertemu dengan jodoh yang Allah pilihkan untuk dia dengan cara dan waktu yang paling sesuai.

To you, bakal adik biras yang tak jadi,
I sincerely pray for your happiness  in this world and in Jannah. Semoga perjalanan awak dipenuhi kebaikan, ketenangan, dan kebahagiaan yang hakiki.

Dan buat adik ipar tersayang,
Semoga jalan hidup awak sentiasa dipermudahkan. Percayalah, cinta yang baik akan hadir tepat pada masanya. Bukan lambat, bukan cepat tapi tepat.

Kadang-kadang, ada orang yang Allah temukan dengan kita hanya untuk beri kita satu pengajaran. Untuk ingatkan kita bahawa tak semua yang kita harap, akan jadi milik kita. Dan itu tak apa. Itu pun satu bentuk keindahan, bila kita belajar melepaskan dan reda.

Some people are meant to cross our path just to remind us that not everything we hope for is meant to be. And that’s perfectly okay.

Till we meet again,

' Ain

3 comments:

  1. segalanya telah ditakdirkan...qadak qadar gitu..dan kena selalu pujuk hati utk berdamai dgn takdir (pesanan utk diri MZ sendiri)

    ReplyDelete
  2. Ingat,kita ni kadang tak bahagia sebab terlalu compare life kita dengan orang lain .stop doing that .Tengok sekeliling apa yang ada . Dan mula lah bersyukur in sya allah . kita akan temukan kebahagiaan.Bahagia itu bila kita sentiasa rasa cukup and stop complaining 🕊

    ReplyDelete
  3. Kalo dah menyangkut jodoh, rezeki, maut dan pertemuan, dah lah, memang ikut saja takdir Allah kan. Segala sesuatu sudah yg terbaik. Apa yg kita harap, terkadang memang bukan yg terbaik buat kita. :)

    ReplyDelete