Friday, May 6, 2011

Resipi Laksa Special

Assalamualaikum wrbt.,

Hari ni, aku takder selera nak makan. Tak sedap tekak, lagi gigi bongsu nak tumbuh.. pasni aku bijak.. hihi.. tetiba teringin nak makan laksa yang emm.. pasti membuka selera…

OK lah sempena meraikan nafsu si tekak ku yang tak reti nak diet ni, aku hadiahkan korang dengan satu resipi laksa yang memang sedap dan tak rugi kalau mencubanya. Resipi ni aku minta dari rakan office ku kak Ruby dan katanya resipi ini adalah dari kakaknya kak mala, yang memang terror sangat buat laksa ni… MARI KITA BUAT LAKSA.. nyum nyum nyum

Resipinya:
Spt biasa
Ikan mambong or kembong 1 kg or 2 kg (depends berapa banyak kuah nak buat)
Bersihkan ikan spt biasa dan rebus dlm kuali or period besar muat ikan2 yg di beli
Sudah rebus ikan bersihkan ikan & lenyek2 isi ikan (buang tulang2) air rebusan jgn di buang -

bawang putih, merah agak2 lah kan .. lebih bwang merah lagi sedap di tumbok
sediakan dan bersihkan serai (ditumbok), daun kesum, bunga kantan (batang ambil yg lembut potong2 dlm 1 ½ inci tumbok2an & bunga belah lah 4or6)
sediakan asam jawa dlm air (biarkan kembang) nanti rasa lah lebih asamnya

1 besar tin sardine mackerel – ptengok pada banyak mana nak buat if periok besar -2 tin
Bawang2 yang telah ditumbok di tumis minyak sikit je .. sudah garing masukkan sardin mackerel b4 panas buangkan tulang ikan2
Sudah naik bau tutup api ..

p/s: perahkan 2-3 limau kasturi or limau hijau besar ke dlm ikan makeral yg di tumis tu … tumis hingga keluar minyak tau dgn api perlahan

Sediakan periok besar lain - masukkan serai, daun kesum, bunga kantan dan air asam jawa – agak2 air asam jawa
Masukkan isi ikan dan kacau masukkan gula garam (if tak tak nak guna banyak air asam jawa guna asam keeping)
Biarkan mendidihkan dan rasa cukup sudah ready to serve ..

Kesemua Resipi di dalam blog ini adalah hasil dari  perkongsian rakan rakan , saudara mara dan diambil dari buku resipi mahupun email.Jadi, andai kata anda terserempak dengan resipi anda, sila maklumkan pada saya. Saya akan link kan atau kreditkan kepada anda .Tujuan saya post di dalam blog ini adalah semata mata untuk berkongsi ilmu dan untuk simpanan saya. Terima kasih.

2 comments:

  1. mie mkn laksa penang tmbh kicap taww..!
    huhu

    ReplyDelete
  2. resepi ni agak berbeza dgn laksa utara.. apapun sbg anak kedah sy lebih gemar laksa utara.

    ReplyDelete