Wednesday, January 30, 2013

Ya Allah jadikanlah aku redha

Assalamualaikum…

Alhamdulillah.. setelah sekian lama saya menyepikan diri baru hari ini saya mempunya kekuatan untuk mengupdate blog saya yang tak seberapa ini. Sesungguhnya saya mengalami dugaan yang saya hampir tak mampu untuk saya tanggung. Namun saya sedar hakikat bahawa apa yang berlaku itu adalah ketentuan Allah SWT. Biarlah saya rahsiakan apa yang saya alami itu.. jauh ... nun di dalam hati saya... namun saya memohon agar kalian dapat mendoakan agar saya mampu untuk menempuh segala onak dan ranjau kehidupan.. segala dugaan yang Allah telah tetapkan… saya hanya mampu berdoa agar diberi ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan saya seperti biasa. Pasti ada hikmahnya setiap kejadian.
Dan syukur mungkin kerana itulah saya telah memilih unutk menutup aurat. Rambut saya yang panjang yang sentiasa dibiarkan lepas kini saya lindunginya . sungguh bila kita melakukan sesuatu itu kerana Allah, Mashallah segalnya lancar dan mudah. Sakit migraine yang selama ni menjadi penyebab saya tidak bertudung kini hilang sepenuhnya.. Alhamdulillah…
Akhir sekali… yakinlah bahawa Allah sentiasa ada.. sentiasa bersama kita.. Ya Allah jadikanlah aku manusia yang sentiasa redha.. Amin

4 comments:

  1. Alhamdulillah...atas perubahan. Semoga anda lebih tabah.

    ReplyDelete
  2. dah bertudung ke alhamdulilah..pic2 yg tak bertudung tu jgn letak dah kt fb ke blog ke...sy doakan semoga blogkiter sihat agar dpt beribadah kpd tuhan..amin

    ReplyDelete
  3. KUmbang Jingga: thanks.. insyallah..

    Ozie: terima kasih ye

    Annur: thanks

    ReplyDelete

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...