Wednesday, July 1, 2015

Hari ni aku belajar

Hari ni aku belajar bahawa
Jangan mencari, kerana kebenaran sentiasa ada
Jangan memaksa, biar dia sendiri tau manisnya ikhlas
Jangan meminta, kerana biar dia belajar cara memberi
Jangan kecewa, kerana dia sendiri akan tahu rasa nya kehilangan
Jangan paksa diri melupakan, belajar memaafkan
Jangan tanya untung nasib, Allah takdirkan .. kita diberikan pilihan
Jangan mengharap, nanti kecewa
Jangan paksa diri untuk merelakan.. redha lebih indah
Jangan menghalang, dia tetap akan pergi andai dia bukan milik kita..
Jangan selalu menangis, kerana nilainya mungkin hilang
Jangan selalu ada, nanti rindu hilang...
Jangan terlalu ambil berat, nanti ada pihak yang lupa cara menghargai...
Jangan sentiasa terima, nanti dia datang dan pergi sesuka hati..
Jangan sentiasa memafkan , kelak ada yang mengambil kesempatan

Hari ni aku pinta
Agar pandanglah aku dengan mata hati .. Jangan pandang dengan mata.. Kerana mata selalu ditipu.. Namun bukan pada hati...

Aku pinta kau tau yang mana perlu kau dulukan dan mana kemudian
yang mana penting yang mana tidak
yang mana perlu kau jaga hatinya, yang mana tidak
yang mana kau perlu gengam, yang mana kau perlu lepaskan
jangan sampai.. yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..

terluka tu.. semua akan merasa.. tapi yang mana harus kau lukakan itu pilihan. jangan kau ingat yang ada.. sentiasa ada... satu hari nanti.. mungkin dia pun akan pergi....mana ada yang kekal...manusia bukan sempurna.. manusia tau erti kecewa.

kadang kadang, kita terlalu yakin untuk melukakan dia yang menyayangi kita kerana sesorang yang kau takut lukai hatinya... tamaknya manusia... . kita yakin dia sentiasa menyayangi kita hingga kita sampai hati buat dia terluka.. murahnya nilai kasih sayang.. sampai dijadikan alasan...untuk kau luka dan balut sesuka hati. Kau harus ingat yang hatinya.... hanya hati seorang manusia biasa.... 

Hari ini juga aku berhenti bertanya hati.. kerana takut pedih akan kebenaran..Ya... hati takkan menipu...samada kita bersedia atau tidak akan kebenaran.....


2 comments:

  1. sabarlah hati....hati jangan mudah give up...kebenaran tu memang perit..bila hati dah terluka memang lambat nak pulih..kalau luka hati terlalu dalam ..lagi susah nak sembuh kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betull.. kadang kadnag takut nak terima kenyataan.. kadnag kadnag hati tau..tapi dia buat buat tak tau.. syukur bulan mulia ni, alhamdulillah segalanya baik baik sekarang.. thanks :)

      Delete

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...