Wednesday, May 14, 2025

Lately Susah Tidur, I Try Guna Melatonin - Memang Berkesan!

Assalamualaikum & hi korang!

Lately ni I memang struggle nak tidur. Kepala ni asyik ligat fikir macam-macam benda. Kadang dah baring awal, tutup lampu, phone letak tepi, tapi mata still tak boleh pejam. Lagi stress bila esok pagi nak bangun awal, tapi otak masih aktif. Pernah jugak sampai pukul 2-3 pagi baru boleh lelap.

So, I decided nak try Melatonin. Orang kata supplement ni bantu regulate balik sleep cycle kita. First time ambik, dalam 30-40 minit badan dah rasa ringan and relax. Mata pun rasa berat, and tak lama lepas tu, terus tertidur lena. Esok pagi bangun rasa fresh gila, tak macam sebelum ni bangun macam zombie. 😂

I ada share video pasal pengalaman husband I try Melatonin ni dekat TikTok. Kalau korang nak tengok, boleh la singgah. I letak sekali link kat situ untuk korang beli Melatonin yang I guna. Memang mudah terus klik je.

Honestly, kalau korang tengah alami benda yang sama — susah tidur sebab banyak benda fikir, boleh la try. Tapi jangan lupa baca dulu cara makan dia, sebab setiap orang lain-lain badan kan. At least bila tidur cukup, mood kita pun okay, badan pun rasa ringan.

Okay la, itu je nak share. Nanti kalau I try benda lain yang best-best, I share lagi kat sini. Doakan I tidur lena tiap malam okay? Hehe.

Take care semua 

Link product i guna: Product Melatonin

Link video Tiktok: Video Melatonin


Till we meet again,

' Ain


7 comments:

  1. linda susah nak alami sukar tidur nie...melainkan dah melewati jam 12malam, yang tu memang golek kiri kanan pun tak tido2...
    selalunya, letak je kepala atas bantal, terus lah belayar...hihihi

    ReplyDelete
  2. Aduhh relatable sangat Ain! Kadang baring awal pun otak tak reti 'switch off' 😅. Bagus betul bila jumpa something yang bantu tidur lena. Tidur ni bukan manja, tapi keperluan mental & fizikal. Thanks share pengalaman ni, esok-esok boleh try jugak kalau makin kronik insomnia ni. Doakan aku pun boleh tidur lena macam Ain ya! 😴💤

    ReplyDelete
  3. ada makan or minum apa2 ke selepas jam 8 mlm? kalau ada acu try stop dulu supaya sng nak tidur...

    ReplyDelete
  4. Nak kena cuba laa ..CCL kadang susah juga nk tido

    ReplyDelete