Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Friday, March 25, 2011

Senjakala filem Twilight versi Melayu?


Kali pertama aku dengar cerita pasal Senjakala ni, terlintas di hati aku adakah filem ini adalah filem Twilight yang di melayukan? tapi sangkaan ku ternyata meleset. Hanya tajuknya sahaja Twilight di mana di dalam Bahasa melayu bermaksud Senjakala. Jalan cerita yang kurasa menarik ni, pasti akan membuat aku cuba untuk melapangkan masa demi melihat sekali lagi hasil tangan dari Ahmad Idham yang akan ditayangkan pada 14 April nanti. Dah macam jadi trend pulak ye sekarang filem hantu kat Malaysia sekarang ni ? Dan Alhamdulillah  murah pulak rezeki Cik adik Liyana Jasmay kita ni....


Ahmad Idham Berhati-Hati Bikin 'Senjakala'
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Filem Senjakala bakal menemui penonton di pawagam pada 14 April ini. - Foto Excellent Pictures.
PETALING JAYA: Industri perfileman yang melahirkan banyak karya seram membuatkan pengarah filem Ahmad Idham lebih berhati-hati dalam merealisasikan karyanya menerusi Filem Senjakala.
Filem yang akan ditayangkan pada 14 April ini mengangkat persoalan di antara cinta dua insan dan makhluk ghaib belaan mereka.
Kata Idham, adegan seram yang cukup menakutkan sudah menjadi satu penanda aras dalam karya seram pada hari ini.
“Tapi sebenarnya, plot dan penceritaan masih menjadi inti pati sebuah cerita seram yang bagus.
"Senjakala memberi kepuasan kedua-duanya iaitu unsur seram dan jalan cerita yang boleh dihayati oleh penonton,” katanya.
Filem ini menjalani penggambaran sekitar Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam selama 20 hari dengan membariskan pelakon-pelakon hebat iaitu Zahiril Adzim dan Liyana Jasmay serta dibantu oleh Kamal Adli dan Faezah Elai.
Ia diterbitkan di bawah syarikat produksi Idham iaitu Excellent Pictures.
Dengan kos mencecah RM1.7 juta keseluruhannya, Senjakala diinspirasikan oleh Idham dengan mengangkat dua watak utama iaitu Arman (Zahiril) dan Karlisa (Liyana). Senjakala menceritakan bagaimana Karlisa yang kematian tunangannya dalam kemalangan jalan raya telah pulang ke Kampung Senja Lama iaitu tempat dia membesar bersama-sama teman rapatnya, Isabella.

Salah satu aksi yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim.
Di kampung tersebut, Karlisa telah tinggal dengan Opah Maimon selain sering bertemu dengan Arman, seorang jejaka kampung yang hidup terasing dari orang lain.
Perkenalan itu menyingkap satu rahsia di mana kedua-duanya mempunyai saka peninggalan orang tua mereka.
“Cerita ini menjelaskan bagaimana keadaan mereka yang ‘membela’ sesuatu. Selain itu, ia turut merujuk kepada kelakuan, percakapan, pergaulan dan apa yang berkaitan dengan orang seperti ini,” kata Idham.
Kala ditanya apa bezanya Senjakala dengan karya-karyanya terdahulu seperti Jangan Pandang Belakang, Congkak dan Niyang Rapik, pengarah ini memberitahu, filem ini dihasilkan dengan elemen terbaik yang ada dalam filem-filem tersebut.
“Kombinasi yang terbaik dalam Senjakala adalah dua pelakon utamanya, Zahiril Adzim dan Liyana Jasmay yang pernah dicalonkan untuk Shout! Awards 2009, bagi kategori ‘Best On Screen Chemistry’. Kemesraan ini dapat dilihat melalui Senjakala,” jelas Idham menceritakan mengenai pemilihan dua pelakon utama filem ini.
Bagi pemenang Anugerah Sinematografi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23, melalui filem Niyang Rapik, jurukamera Raja Mukhriz menganggap Senjakala memberi satu peluang lebih besar dalam menjana kreativitinya melalui teknik kamera yang menjadi sebahagian dari elemen penceritaan.
“Jika dilihat pergerakan kamera yang lebih seperti terapung juga boleh diistilahkan sebagai ‘unstability of movement,’ (pergerakan yang tidak stabil) adalah satu kaedah untuk membawa penonton sebagai pihak ketiga dalam Senja kala.
Ia merujuk kepada saka untuk setiap watak,” jelas Raja Mukhriz lagi.
Secara normal, sesebuah karya seram, boleh dipertingkatkan lagi nilai dan aspek ketakutan itu melalui sentuhan kesan khas, terutamanya makhluk ghaib atau hantu di dalam sesebuah filem.
Sementara itu, Mohd Khalil Md Yusuf atau lebih dikenali sebagai Amy Chantik, diberi peluang buat pertama kalinya bekerja di bawah Ahmad Idham untuk menzahirkan kesan khas seram.
Bagi Amy sendiri, melakukan kesan khas dalam Senjakala merupakan satu tugas yang berlainan dari apa yang telah dilakukan sebelumnya.
“Saya perlu membuat kajian yang lebih menyeluruh melalui penyelidikan dan pemerhatian terutamanya kepada mereka yang pernah terlibat dalam amalan saka selain rujukan di Internet mahupun buku-buku.
“Saya cukup teruja dan berterima kasih, sekali memberikan sepenuh komitmen dalam memenuhi hasrat pengarah,” kata Amy.
Excellent Pictures telah menerbitkan filem-filem lain antaranya Tipah Tertipu, Impak Maksima dan Niyang Rapik.
Selain itu dua buah filem iaitu Hantu Bonceng telah selesai proses pasca produksi dan menanti tarikh tayangan manakala filem Jangan Pandang Pandang baru sahaja selesai menjalani proses penggambaran.


Friday, March 18, 2011

Syok sendiri sambil tengok citer Ratu The Movie

Nampak tak aku nya title ... yes.. memang kitorang syok sendiri. semalam lah... aku ngan adik aku. bosan kat rumah.. pastu tetiba adik aku buat cadangan yang tak berapa bijak ni, dia kata jom tengok wayang. aku plak... wokey.... jom pergi ke Melaka Mall ...


Sampai kat sana, kitorang tengok?? tak der orang sangat.. pelik je.. isy dah kul bape ni?? jam dah nak dekat kul 6... pelik pelik... kalau kat KL rasanya kalau datang pukul 1 tengah hari pun ramai walaupun hari bekerja... hihihi... masa nak beli ticket tu pun tak yah beratur.. bayang kan kalau kat Mid Valley, sambil beratur kadang kadang aku sempat lagi tukar macam macam cerita... kdg kdg datang nak tengok citer lain.. last last tengok citer  lain...Tapi kat sini, aku tak sempat nak pk... best ...best..

OKlah... di pendekkan cerita, aku dan adik aku memilih cerita Ratu The Movie. since semalam first day di tayangkan ..pastu kononnya nak support filem melayu tanah air ku lah...

pastu bila dah beli ticket, kitorang pon nak masuk dah.... budak jaga ticket tu gelak gelak.. dia kata, korang dua orang je tengok citer ni tau... isyy... aku tanya tul ke???  dia kata.. tul kak.. tapi maybe ada kot orang lain jap gi..

Aku dah cuak dah.. sebab aku baca sinopsis cerita ni, cam ada suspen suspen sikit.. aku takutlah kalau dua orang je dalam panggung tu.. tapi adik aku kata.. lek lah... ni baru mencapap namanya... *(mencapap tu apa ye)

OK fine... aku pon ngan adik aku antara caya atau tak pon.. melangkah ke Hall NO.1....

Hah.. tu dia, memang kitorang je dalam ni.. walaupun lagi seminit citer tu nak start.. kalau tak caya, cuba lihat


ni adik aku.. sengsorang je kat situ. on the way nak masuk pawagam


adik aku kat hall no.1 (ekceli dia tak tau pon gambar dia dalam blog aku ni) hihihi


Dari tempat duduk kitorang... pandangan terus ke hadapan


dari sisi kanan


dari sisi kiri

Canggih kan?? cam tak caya je... cerita ni berlangsung dalam sepuluh minit lah... pastu tetiba je ada sepasang kapel baru nak masuk( kapel pakai tudung tau)

Gambar diorang aku tak ambik pasalnya masa aku naik atas, nak cari pintu toilet aku kena sound.. " tak reti dok diam ke.. buat cam rumah sendiri" isy... kurang ajak nya budak... nasib bek aku tak jawab " kau tu buat cam dalam bilik sendiri tak pe ke" tak malu tul... 

Pastu, lepas hilang selera nak g toilet( ekceli pintu toilet jauh sangat kat bawah.. malas) aku pon dok jelah mengahabiskan cerita ratu ni( nanti aku komen sat lagi)


Ni gambar masa tayangan Ratu The Movie ni dah habis..


Tengok tu.. adik aku sorang je nak kuar... (kapel tu kat belakang lagi)

Syok sendiri tul budak ni




Hah.. Cuba tengok... kat lorong nak kuar ni pon, kitorang dua orang je

Komen aku pasal cerita Ratu: 

Aku bagi dua bintang...
Kenapa? tengoklah sendiri.. aku bukan tak nak sokong filem tanah air melayu ni.. tapi entahlah..
aku rasa cam tak adil plak nak kondem citer tu.. kesian kat pengarah tu.. tapi serius.. aku rasa citer ni tak menepati standard aku( yang biasa suka tengok citer org putih) .. Bagi aku cerita ni, dari mula lagi aku dah agak penhujung nya dan tak salah ambil pelakon baru tapi janganlah sampai cakap macam baca buku.. no komen.. bagi aku korang tengoklah sendiri.. 

Tapi Syabaslah buat Proff Razak Mohaideen, kerana walaupun beratus beribu  kali  filemnya dikecam dan dikondem oleh  peminat filem, tapi dia masih berusaha mencari idea untuk mengeluarkan filem baru.. 

walaupun ada jalan cerita tak logik.. tapi aku rasa, ada mesej tersirat yang ingin di sampaikan... apa apapun, selamat menonton cerita Ratu the Movie( tak salah sokong filem melayu k).. ni pendapat aku sahaja...