Friday, March 18, 2011

Syok sendiri sambil tengok citer Ratu The Movie

Nampak tak aku nya title ... yes.. memang kitorang syok sendiri. semalam lah... aku ngan adik aku. bosan kat rumah.. pastu tetiba adik aku buat cadangan yang tak berapa bijak ni, dia kata jom tengok wayang. aku plak... wokey.... jom pergi ke Melaka Mall ...


Sampai kat sana, kitorang tengok?? tak der orang sangat.. pelik je.. isy dah kul bape ni?? jam dah nak dekat kul 6... pelik pelik... kalau kat KL rasanya kalau datang pukul 1 tengah hari pun ramai walaupun hari bekerja... hihihi... masa nak beli ticket tu pun tak yah beratur.. bayang kan kalau kat Mid Valley, sambil beratur kadang kadang aku sempat lagi tukar macam macam cerita... kdg kdg datang nak tengok citer lain.. last last tengok citer  lain...Tapi kat sini, aku tak sempat nak pk... best ...best..

OKlah... di pendekkan cerita, aku dan adik aku memilih cerita Ratu The Movie. since semalam first day di tayangkan ..pastu kononnya nak support filem melayu tanah air ku lah...

pastu bila dah beli ticket, kitorang pon nak masuk dah.... budak jaga ticket tu gelak gelak.. dia kata, korang dua orang je tengok citer ni tau... isyy... aku tanya tul ke???  dia kata.. tul kak.. tapi maybe ada kot orang lain jap gi..

Aku dah cuak dah.. sebab aku baca sinopsis cerita ni, cam ada suspen suspen sikit.. aku takutlah kalau dua orang je dalam panggung tu.. tapi adik aku kata.. lek lah... ni baru mencapap namanya... *(mencapap tu apa ye)

OK fine... aku pon ngan adik aku antara caya atau tak pon.. melangkah ke Hall NO.1....

Hah.. tu dia, memang kitorang je dalam ni.. walaupun lagi seminit citer tu nak start.. kalau tak caya, cuba lihat


ni adik aku.. sengsorang je kat situ. on the way nak masuk pawagam


adik aku kat hall no.1 (ekceli dia tak tau pon gambar dia dalam blog aku ni) hihihi


Dari tempat duduk kitorang... pandangan terus ke hadapan


dari sisi kanan


dari sisi kiri

Canggih kan?? cam tak caya je... cerita ni berlangsung dalam sepuluh minit lah... pastu tetiba je ada sepasang kapel baru nak masuk( kapel pakai tudung tau)

Gambar diorang aku tak ambik pasalnya masa aku naik atas, nak cari pintu toilet aku kena sound.. " tak reti dok diam ke.. buat cam rumah sendiri" isy... kurang ajak nya budak... nasib bek aku tak jawab " kau tu buat cam dalam bilik sendiri tak pe ke" tak malu tul... 

Pastu, lepas hilang selera nak g toilet( ekceli pintu toilet jauh sangat kat bawah.. malas) aku pon dok jelah mengahabiskan cerita ratu ni( nanti aku komen sat lagi)


Ni gambar masa tayangan Ratu The Movie ni dah habis..


Tengok tu.. adik aku sorang je nak kuar... (kapel tu kat belakang lagi)

Syok sendiri tul budak ni




Hah.. Cuba tengok... kat lorong nak kuar ni pon, kitorang dua orang je

Komen aku pasal cerita Ratu: 

Aku bagi dua bintang...
Kenapa? tengoklah sendiri.. aku bukan tak nak sokong filem tanah air melayu ni.. tapi entahlah..
aku rasa cam tak adil plak nak kondem citer tu.. kesian kat pengarah tu.. tapi serius.. aku rasa citer ni tak menepati standard aku( yang biasa suka tengok citer org putih) .. Bagi aku cerita ni, dari mula lagi aku dah agak penhujung nya dan tak salah ambil pelakon baru tapi janganlah sampai cakap macam baca buku.. no komen.. bagi aku korang tengoklah sendiri.. 

Tapi Syabaslah buat Proff Razak Mohaideen, kerana walaupun beratus beribu  kali  filemnya dikecam dan dikondem oleh  peminat filem, tapi dia masih berusaha mencari idea untuk mengeluarkan filem baru.. 

walaupun ada jalan cerita tak logik.. tapi aku rasa, ada mesej tersirat yang ingin di sampaikan... apa apapun, selamat menonton cerita Ratu the Movie( tak salah sokong filem melayu k).. ni pendapat aku sahaja... 


8 comments:

  1. erkss...tengok utube je lah..ke nak tunggu astro first..hehehe

    ReplyDelete
  2. hihihi.... risa, semalam masa i tengok wayang tu,, ada gaklah terfikir ... kan best kalau tengok kat astro..

    ReplyDelete
  3. memg jeles sgt kat org tgk wayang... sebab kat sini takde panggung ayang ... sob sob sob sedihnya...

    ReplyDelete
  4. munna, kat pahang takder panggung wayang ke. takpe. tengok kat you tube jelah

    ReplyDelete
  5. woh...kalo paggung dah kosong ni,kapel2 tak bertauliah mmg suke..ahaha..ish..seram pulak bile 4kerat je dlm pggung tu...agak2 sakit mata boleh tuka seat eh?..huhuhu..

    ReplyDelete
  6. BudakDegil: memang boleh duduk mana mana je.. nak baring baring guling guling pon boleh.. hihihi

    ReplyDelete