Sunday, March 20, 2011

Resipi Roti Jala dan Kari Ayam

Yeezza.. apa ye menu kita hari ni.. sudah pastinya roti jala dan juga kari ayam yang lazat. di bawah adalah resipinya.. mari kita cuba

                                                                         gambar ikhsan MiszGoogle

Roti Jala

Bahan bahan unutk 10 hinhha 15 orang

  • 450g tepung gandum
  • 1 camt garam
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 450 ml susu segar
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

                                                                       gambar ikhsan MiszGoogle

Cara cara memasak 

  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
  2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
  5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
  6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
  7. Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.
Kari Ayam

Bahan bahan(juga 10 hingga 15 orang)

  • 2 ayam - dipotong kecil
  • 2 biji bwg besar, 10 ulas bwg putih, 3 inci halia - dimayang halus
  • 2 tangkai daun kari 2 tangkai - dibuang tangkai
  • 6 sudu rempah kari ayam/daging - jadikan pes, bancuh rempah kari dengan segelas air
  • 3-4 sudu cili kering yg telah dikisar
  • 1 kilo - santan 
  • 3 biji tomato
  • garam & gula secukup rasa
  • 8 biji kentang

Cara Cara memasak

  1. tumiskan bahan yang dimayang dalam kuali bersama daun kari sehingga naik bau
  2. kemudian, masukkan pes kari bersama dengan cili kering yang dikisar. tunggu sehingga rempah kari betul-betul masak. sekiranya pes kari tak berapa masak lagi, anda perlu menambah sedikit air agar pes kari tidak hangit. tunggu sehingga pes kari/cili pecah minyak.
  3. masukkan ayam dan kentang. tunggu sehingga ayam empuk dan kecut
  4. masukkan santan, tomato, gula & garam secukup rasa
  5. tunggu sehingga santan mendidih. angkat. siap untuk dimakan
 Wah meleleh air liur ku... nyum nyum nyum


Kesemua Resipi di dalam blog ini adalah hasil dari  perkongsian rakan rakan office, saudara mara dan diambil dari buku resipi mahupun email.Jadi, andai kata anda terserempak dengan resipi anda, sila maklumkan pada saya. Saya akan link kan atau kreditkan kepada anda .Tujuan saya post di dalam blog ini adalah semata mata untuk berkongsi ilmu dan untuk simpanan saya. Terima kasih.

5 comments:

  1. Amboi, amboi, macam tau-tau je aku dah dua hari dinner roti jala kari ayam. He he...

    ReplyDelete
  2. Gen: kira ok lah tu. ni aku baru nak baca resipi.. besok buat , heheheh.. apesal roti jala eh?? diet ke jimat

    ReplyDelete
  3. Err, sebab tu yang mak aku buat, aku makan jelah. Ha ha...

    ReplyDelete
  4. xleh blah gamba budak mleleh air liur tu...siap pakai spek itam...mleleh air liur pun kene nampak cool...hehe

    ReplyDelete
  5. manueng: comel kan budak tu... hihihi

    ReplyDelete