Wednesday, March 23, 2011

Makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW...

Semua orang ada makanan kegemarannya tersendiri. Kau ada.. aku pun ada. Tapi yang menariknya Rasulullah kita sendiri juga mempunyai makanan kegemarannya yang tersendiri di mana sudah tentulah sangat berkhasiat dan bermanfaat kepada tubuh badan kita. Oklah.. kita lupakan lah sebenatar sate, pizza, ikan bakar mahupun burger yang menjadi makanan kegemaran kita sepanjang tahun. Marilah kita sama sama mengamalkan makanan yang menjadi kegemaran Nabi kita. 


1. Barli –  Amalkanlah meminum sup barli kerana ianya sangat baik untuk meredakan demam.

2. Kurma - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar, rumahnya seperti tiada makanan", Bagi ibu mengandung, digalakkan mengambil kurma sebagai makanan tambahan



3. Buah Tin – Sesiapa yang ada buasir digalakkan memakan buah yang dikatakan adalah buah dari syurga
4. Anggur – Tahukah anda bahawa Rasulullah S.A.W. sangat gemar memakan buah  anggur? Dikatakan dapat membersihkan darah, memberi tenaga , menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.
5. Madu – merupakan  penawar terbaik bagi penyakit cirit-birit sekiranya diminum dengan air panas. Ia digunakan untuk menaikkan selera serta menguatkan perut, ia juga dikatakan dapat dijadikan sebagai pengawet daging, perapi rambut, dan pencuci mulut. Ia juga dipercayai sangat berkhasiat sekiranya di ambil pada waktu pagi bersama air suam.
6. Semua Jenis Tembikai - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorangpun wanita yang mengandung  dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya".




7. Susu - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa susu menghilangkan panas/haba di hati hati seperti  jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan mengelakkan kita daripada penyakit nyanyuk.


8. Cendawan - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata.Dikatakan  juga bertindak sebagai perancang keluarga  dan menahan daripada lumpuh.

9. Minyak Zaitun – dikatakan sangat elok untuk kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.
10. Delima - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan daripada syaitan dan iblisselama 40 hari.


11. Cuka - Rasulullah S.A.W. sangat  suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu popular di restoran elit di Itali)


12. Air - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan meneguk, meneguk boleh menyebabkan kesakitan pada paru-paru".
Sumber: presentation prepared by Mahtab Anwar

4 comments:

  1. thanks azwan... cuba cubalah kita jadikan ia makanan kegemaran kita pulak

    ReplyDelete
  2. bagus info ni..mintak share..nanti sy letak back link ke blog awk hehehe

    ReplyDelete
  3. kumbang berwarna jingga, ok je... info yang baik elok di kongsi kongsi ye

    ReplyDelete