Friday, March 25, 2011

Senjakala filem Twilight versi Melayu?


Kali pertama aku dengar cerita pasal Senjakala ni, terlintas di hati aku adakah filem ini adalah filem Twilight yang di melayukan? tapi sangkaan ku ternyata meleset. Hanya tajuknya sahaja Twilight di mana di dalam Bahasa melayu bermaksud Senjakala. Jalan cerita yang kurasa menarik ni, pasti akan membuat aku cuba untuk melapangkan masa demi melihat sekali lagi hasil tangan dari Ahmad Idham yang akan ditayangkan pada 14 April nanti. Dah macam jadi trend pulak ye sekarang filem hantu kat Malaysia sekarang ni ? Dan Alhamdulillah  murah pulak rezeki Cik adik Liyana Jasmay kita ni....


Ahmad Idham Berhati-Hati Bikin 'Senjakala'
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Filem Senjakala bakal menemui penonton di pawagam pada 14 April ini. - Foto Excellent Pictures.
PETALING JAYA: Industri perfileman yang melahirkan banyak karya seram membuatkan pengarah filem Ahmad Idham lebih berhati-hati dalam merealisasikan karyanya menerusi Filem Senjakala.
Filem yang akan ditayangkan pada 14 April ini mengangkat persoalan di antara cinta dua insan dan makhluk ghaib belaan mereka.
Kata Idham, adegan seram yang cukup menakutkan sudah menjadi satu penanda aras dalam karya seram pada hari ini.
“Tapi sebenarnya, plot dan penceritaan masih menjadi inti pati sebuah cerita seram yang bagus.
"Senjakala memberi kepuasan kedua-duanya iaitu unsur seram dan jalan cerita yang boleh dihayati oleh penonton,” katanya.
Filem ini menjalani penggambaran sekitar Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam selama 20 hari dengan membariskan pelakon-pelakon hebat iaitu Zahiril Adzim dan Liyana Jasmay serta dibantu oleh Kamal Adli dan Faezah Elai.
Ia diterbitkan di bawah syarikat produksi Idham iaitu Excellent Pictures.
Dengan kos mencecah RM1.7 juta keseluruhannya, Senjakala diinspirasikan oleh Idham dengan mengangkat dua watak utama iaitu Arman (Zahiril) dan Karlisa (Liyana). Senjakala menceritakan bagaimana Karlisa yang kematian tunangannya dalam kemalangan jalan raya telah pulang ke Kampung Senja Lama iaitu tempat dia membesar bersama-sama teman rapatnya, Isabella.

Salah satu aksi yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim.
Di kampung tersebut, Karlisa telah tinggal dengan Opah Maimon selain sering bertemu dengan Arman, seorang jejaka kampung yang hidup terasing dari orang lain.
Perkenalan itu menyingkap satu rahsia di mana kedua-duanya mempunyai saka peninggalan orang tua mereka.
“Cerita ini menjelaskan bagaimana keadaan mereka yang ‘membela’ sesuatu. Selain itu, ia turut merujuk kepada kelakuan, percakapan, pergaulan dan apa yang berkaitan dengan orang seperti ini,” kata Idham.
Kala ditanya apa bezanya Senjakala dengan karya-karyanya terdahulu seperti Jangan Pandang Belakang, Congkak dan Niyang Rapik, pengarah ini memberitahu, filem ini dihasilkan dengan elemen terbaik yang ada dalam filem-filem tersebut.
“Kombinasi yang terbaik dalam Senjakala adalah dua pelakon utamanya, Zahiril Adzim dan Liyana Jasmay yang pernah dicalonkan untuk Shout! Awards 2009, bagi kategori ‘Best On Screen Chemistry’. Kemesraan ini dapat dilihat melalui Senjakala,” jelas Idham menceritakan mengenai pemilihan dua pelakon utama filem ini.
Bagi pemenang Anugerah Sinematografi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23, melalui filem Niyang Rapik, jurukamera Raja Mukhriz menganggap Senjakala memberi satu peluang lebih besar dalam menjana kreativitinya melalui teknik kamera yang menjadi sebahagian dari elemen penceritaan.
“Jika dilihat pergerakan kamera yang lebih seperti terapung juga boleh diistilahkan sebagai ‘unstability of movement,’ (pergerakan yang tidak stabil) adalah satu kaedah untuk membawa penonton sebagai pihak ketiga dalam Senja kala.
Ia merujuk kepada saka untuk setiap watak,” jelas Raja Mukhriz lagi.
Secara normal, sesebuah karya seram, boleh dipertingkatkan lagi nilai dan aspek ketakutan itu melalui sentuhan kesan khas, terutamanya makhluk ghaib atau hantu di dalam sesebuah filem.
Sementara itu, Mohd Khalil Md Yusuf atau lebih dikenali sebagai Amy Chantik, diberi peluang buat pertama kalinya bekerja di bawah Ahmad Idham untuk menzahirkan kesan khas seram.
Bagi Amy sendiri, melakukan kesan khas dalam Senjakala merupakan satu tugas yang berlainan dari apa yang telah dilakukan sebelumnya.
“Saya perlu membuat kajian yang lebih menyeluruh melalui penyelidikan dan pemerhatian terutamanya kepada mereka yang pernah terlibat dalam amalan saka selain rujukan di Internet mahupun buku-buku.
“Saya cukup teruja dan berterima kasih, sekali memberikan sepenuh komitmen dalam memenuhi hasrat pengarah,” kata Amy.
Excellent Pictures telah menerbitkan filem-filem lain antaranya Tipah Tertipu, Impak Maksima dan Niyang Rapik.
Selain itu dua buah filem iaitu Hantu Bonceng telah selesai proses pasca produksi dan menanti tarikh tayangan manakala filem Jangan Pandang Pandang baru sahaja selesai menjalani proses penggambaran.


5 comments:

  1. Ye Asma, saya pun rasa macam best.jangan lupa 14 april tayangan ceruta ni

    ReplyDelete
  2. heehe..weiyda ni penyeram orgnya..xpernah tgk citer2 hantu sbbnya nanti malam mmg konpem xleh tido....heehe!! penakutttt

    hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    ReplyDelete
  3. ai masih blom layan lagi cite ni!!! adehhh~ x pe, rasanya kat ASTROFIRST dah ada...nak subscribe lah nanti!!! ('',)

    ReplyDelete