Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Natural Health Boosters

Boost your immunity to fight nasty bugs by loading up your diet with all the natural help you can get :

CITRUS FRUIT is packed with vitamin C.


WHOLEGRAIN is loaded with vitamins and minerals such as zinc, and can help boost your immune function.


BLACK TEA may help the tiny hair like cells in your nose expel germs.


YOGHURT is a rich source of calcium and helps to boost your immune system.


CHICKEN SOUP reduces inflammation.

BITTER GREENS such as watercress and rocket are known for their antiviral effects.

GARLIC helps fight diseases.

Wednesday, April 27, 2011

Petua kecantikan ... Khas untuk wanita

PETUA-PETUA DARI PN. YASMIN SIDDIK PERUNDING
KECANTIKAN DARI POSITIVE GROOMING

1. Bangun pagi jam 5.30 pagi, jangan terus bangun, tetapi mengiring ke
kiri/kanan dan tekan tapak tangan ke tilam (jika mengiring ke kanan tekan
tapak tangan kiri, begitulah sebaliknya) dan bangun
perlahan-lahan.Lunjurkan kaki dan bongkok ke depan dan cuba capai jari kaki
dengan menghulurkan tangan. Buat beberapa senaman ringan
seperti yang diajar oleh beliau.

2. Minum segelas air masak dan baca Al-Fatihah dahulu dan minum.Selepas
mandi dan Solat Subuh, minum segelas lagi dan baca Al-Fatihah dahulu
sebelum minum dan sebelum pergi kerja (minum 3 gelas sebelah pagi?
Insyallah, puan-puan akan mendapat merasa segar dan bertenaga.

3. Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas, selepas mencuci muka dan
memakai toner, sebelum memakai pelambab, sapukan SERUM dahulu supaya
liang-liang roma tidak terbuka luas. Apabila makan, makan satu senduk nasi
sahaja dan lebihkan sayur-sayuran hijau.

4. Semasa Period, hari pertama hingga kedua mandi dengan air suam dan minum
air suam. Sepanjang Period, jangan minum air bergas, kopi, nescafe,teh dan
jangan makan benda-benda sejuk seperti:
Kekacang, sayur menjalar, kobis, terung, taugeh, peria, bayam,
kangkong,makanan laut, Bawal Hitam, Ikan Kembong, Ikan Terubuk.

5. Jika perut berasa lapar, makan buah-buah yang manis.
6. Dalam seminggu makan ayam/daging, 2 kali sahaja, lebihkan makan ikan.

7 Amalkan MANDI SUSU, caranya :
· Beli susu segar dalam kotak (RM1.10)
· Sapu susu seluruh muka dan badan
· Biarkan kering
· Bilas dengan sabun dan air.
( Mandi susu boleh memutihkan dan menghaluskan kulit)

8. Seminggu sekali / Selepas Haid, MANDI REMPAH
· Halb
· Jintan Manis )
· Jintan Putih )
· Kulit Kayu Manis ) Rebus dan tapis, campur air suam. Hampasnya
· Bunga Cengkil ) lumur pada badan dan airnya mandi pada bilasan
· Serai wangi ) terakhir.
· Daun Pandan )

9. MANDI BUNGA (Pada bila-bila masa)
· Bunga Ros 3 kuntum )
· Bunga Melor 3 kuntum ) Campur ke dalam air dan mandi pada
· Daun Pandan ) bilasan terakhir
· Serai wangi )

10. RAWATAN RAMBUT
* Sapu santan di kepala dan bungkus dengan tuala selama 20 minit. Jika
rambut berminyak, campurkan santan dengan limau nipis / asam jawa.

* Rawatan panas untuk rambut :
* Sapu minyak kelapa pada rambut. Celup tuala ke dalam air panas dan
bungkus kepala selama 10 minit.
Untuk mewarnakan rambut, gunakan Inai serbuk, campurkan teh satu
sudu(jika inginkan rambut merah) dan campurkan kopi satu sudu (jika
inginkan rambut hitam). Bancuh dengan air panas. Bila telah sejuk pecahkan
telur 1 biji dan kacau rata sebelum disapu ke rambut. Biarkan
sekurang-kurangnya 4 jam untuk hasil yang memuaskan.


11. RAWATAN DI TENGKUK, BAWAH KETIAK, BELAKANG LUTUT,CELAH KELANGKANG DSB.
Susu segar ( satu kotak) campur dengan badam / Oat dan gosok di
tempat-tempat tersebut setiap hari.


12. VITAMIN..
Ambil :
· EPO (Evening Primrose Oil). Boleh dibeli di farmasi
. Vitamin E
· Vitamin C
· Iron (Jika ada darah tinggi tidak
digalakkan).
( Makan vitamin selepas makan)


RESEPI UNTUK KESIHATAN
Carrot
Sandwich
· Rebus carrot, lenyekkan.
· Sapu sedikit mayonis dan carrot yang telah dilenyek pada roti.

Salad Sandwich
· Salad (Potong kecil-kecil)
· Sedikit mayonis
· Timun yang dihiris nipis
· Telor rebus

amalkan&InsyaAllah anda akan menjadi cantik sebagaimana cantiknya
PUTERI GUNUNG LEDANG

Kesemua Petua di dalam blog ini adalah hasil dari  perkongsian rakan rakan office, saudara mara dan diambil dari buku petua  mahupun email.Jadi, andai kata anda terserempak dengan petua i anda, sila maklumkan pada saya. Saya akan link kan atau kreditkan kepada anda .Tujuan saya post di dalam blog ini adalah semata mata untuk berkongsi ilmu dan untuk simpanan saya. Terima kasih.

Tuesday, April 26, 2011

63 Petua Bahagia oleh Datuk Dr Fadzilah Kamsah

Lihat gambar kucing kucing yang aku ambil dari Misz Google ni.. Apa yang korang boleh tafsirkan dari melihat wajah wajah comel ini? BAHAGIA.....Iye.. itulah yang paling tepat dapat aku katakan.... Sedangkan kucing pun menikmati kebahagiaan.. apatah lagi kita ni yang mempunyai akal fikiran yang Allah SWT berikan agar kita dapat berfikir dan menilai mana yang baik dan yang buruk...




Sesungguhnya tanpa sebuah persefahamn mahupun pengertian antara sepsang kekasih ataupun suami isteri, memang susah untuk kita melayari sesebuah rumah tangga mahupun percintaan dan sukarlah untuk kita mengecapi kebahagiaan yang menjadi idaman setiap pasangan bercinta.

Di dalam melayari bahtera perkahwinan, sememangnya banyak dugaan yang harus kita tempuh , namun jika kita sabar, tabah mengahadapinya pasti kebahagiaan itu milik bersama..

Di sini, ingin aku kongsikan 63 petua oleh Pakar Motivasi kita Datuk Dr Fadzilah Kamsah yang aku rasa dapat memabntu semua pasangan yang sudah berkahwin mahupun yang baru ingin mendirikan rumah tangga.. Insyallah..


1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Monday, April 25, 2011

Petua Mengharumkan Badan

Pernah tak ada sesiapa bagitau korang yang ketiak korang busuk atau badan berbau? aku sangat pasti tidak kan? Sebab memang dah jadi lumrah Orang kita yang sangat menjaga hati.. Dan kadang kadang kita sendiri juga, pun tak boleh menerima kritikan.. lebih lebih lagi bila melibatkan peribadi . Untuk megelakkan kita menjadi bahan umpatan atau menjadi pencemar udara, lebih baiklah kita amalkan beberapa petua di bawah ni, agar dapat mengahrumkan badan. Tapi sebelum tu, macam mana ye kita nak tau ketiak kita ni berbau atau tidak ye? Yelah perasan tak korang , kalau ada lah orang yang ketiak dia berbau tu, dia macam takder perasaan jekan.. relax je.. walaupun kita kat sebelah dah nak  termuntah dan nasib baik tak gugur bulu hidung  ni bau ketiak dia yang ashem dan kadang kadang pahit tu...

Kalau korang nak pastikan yang ketiak korang ni berbau ke tak, cuba korang gunakan belakang tapak tangan tu dan gosokkan ke ketiak korang.. pastu korang bau.. busuk tak?? kalau tak pasti, korang cuba pulak hulurkan tangan korang tu kat kawan sebelah tanpa memeritahu yang korang baru gosok ketiak korang (demi mendapatkan jawapan ikhlas lah).... Setelah mendapatkan jawapannya, samada busuk atau tak, bolehlah cuba amalkan petua di bawah ni. kalau ketiak wangi pun boleh juga try, mana tau lepas amalkan petua di bawah, korang lebih harum dan di sayangi  pakwe suami.

Petua pertama :

Bahan bahan:
Daun Pandan - 10 hingga 20 helai
Air secukup rasa

cara cara:

Kisar daun pandan tu dan tapis air nya. Setiap kali nak mandi, campurkan sedikit air biasa.. Masa mandi tu gosok gosokkan lah sikit ketiak tu.Boleh di amalkan seminggu dua kali.

Petua kedua:

Bahan bahan:

Kulit buah oran

Cara cara

Masukkan kulit buah oren yang telah di cincang halus halus ke dalam semangkuk air panas mendidih.Biarkan sehingga ia menjadi kuning dan sedikit berminyak. Kemudian gunakan air limau itu unutk sapu ke suluruh badan selepas mandi.

Petua ketiga:

kalau takder masa nak buat petua pertama dan petua kedua, korang amalkan lah satu petua turun temurun ni. Setiap kali korang mandi, gosok lah ketiak korang dengan belakang tapak tangan sambil berselawat. Insyallah... pasti mujarab dan amat mudah di lakukan.....


Notakaki: serius korang kena buat sebab tau tak impak badan berbau ni kat orang sebelah? owh... rasanya mahu pitam satu hari.. hilang mood dan tak lalu nak makan. bukan kutuk tapi nilah kenyataannya.. lagipun, bukan kah elok kita menjaga kebersihan diri.


Kesemua Petua di dalam blog ini adalah hasil dari  perkongsian rakan rakan office, saudara mara dan diambil dari buku petua  mahupun email.Jadi, andai kata anda terserempak dengan petua i anda, sila maklumkan pada saya. Saya akan link kan atau kreditkan kepada anda .Tujuan saya post di dalam blog ini adalah semata mata untuk berkongsi ilmu dan untuk simpanan saya. Terima kasih.