Wednesday, April 27, 2011

Petua kecantikan ... Khas untuk wanita

PETUA-PETUA DARI PN. YASMIN SIDDIK PERUNDING
KECANTIKAN DARI POSITIVE GROOMING

1. Bangun pagi jam 5.30 pagi, jangan terus bangun, tetapi mengiring ke
kiri/kanan dan tekan tapak tangan ke tilam (jika mengiring ke kanan tekan
tapak tangan kiri, begitulah sebaliknya) dan bangun
perlahan-lahan.Lunjurkan kaki dan bongkok ke depan dan cuba capai jari kaki
dengan menghulurkan tangan. Buat beberapa senaman ringan
seperti yang diajar oleh beliau.

2. Minum segelas air masak dan baca Al-Fatihah dahulu dan minum.Selepas
mandi dan Solat Subuh, minum segelas lagi dan baca Al-Fatihah dahulu
sebelum minum dan sebelum pergi kerja (minum 3 gelas sebelah pagi?
Insyallah, puan-puan akan mendapat merasa segar dan bertenaga.

3. Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas, selepas mencuci muka dan
memakai toner, sebelum memakai pelambab, sapukan SERUM dahulu supaya
liang-liang roma tidak terbuka luas. Apabila makan, makan satu senduk nasi
sahaja dan lebihkan sayur-sayuran hijau.

4. Semasa Period, hari pertama hingga kedua mandi dengan air suam dan minum
air suam. Sepanjang Period, jangan minum air bergas, kopi, nescafe,teh dan
jangan makan benda-benda sejuk seperti:
Kekacang, sayur menjalar, kobis, terung, taugeh, peria, bayam,
kangkong,makanan laut, Bawal Hitam, Ikan Kembong, Ikan Terubuk.

5. Jika perut berasa lapar, makan buah-buah yang manis.
6. Dalam seminggu makan ayam/daging, 2 kali sahaja, lebihkan makan ikan.

7 Amalkan MANDI SUSU, caranya :
· Beli susu segar dalam kotak (RM1.10)
· Sapu susu seluruh muka dan badan
· Biarkan kering
· Bilas dengan sabun dan air.
( Mandi susu boleh memutihkan dan menghaluskan kulit)

8. Seminggu sekali / Selepas Haid, MANDI REMPAH
· Halb
· Jintan Manis )
· Jintan Putih )
· Kulit Kayu Manis ) Rebus dan tapis, campur air suam. Hampasnya
· Bunga Cengkil ) lumur pada badan dan airnya mandi pada bilasan
· Serai wangi ) terakhir.
· Daun Pandan )

9. MANDI BUNGA (Pada bila-bila masa)
· Bunga Ros 3 kuntum )
· Bunga Melor 3 kuntum ) Campur ke dalam air dan mandi pada
· Daun Pandan ) bilasan terakhir
· Serai wangi )

10. RAWATAN RAMBUT
* Sapu santan di kepala dan bungkus dengan tuala selama 20 minit. Jika
rambut berminyak, campurkan santan dengan limau nipis / asam jawa.

* Rawatan panas untuk rambut :
* Sapu minyak kelapa pada rambut. Celup tuala ke dalam air panas dan
bungkus kepala selama 10 minit.
Untuk mewarnakan rambut, gunakan Inai serbuk, campurkan teh satu
sudu(jika inginkan rambut merah) dan campurkan kopi satu sudu (jika
inginkan rambut hitam). Bancuh dengan air panas. Bila telah sejuk pecahkan
telur 1 biji dan kacau rata sebelum disapu ke rambut. Biarkan
sekurang-kurangnya 4 jam untuk hasil yang memuaskan.


11. RAWATAN DI TENGKUK, BAWAH KETIAK, BELAKANG LUTUT,CELAH KELANGKANG DSB.
Susu segar ( satu kotak) campur dengan badam / Oat dan gosok di
tempat-tempat tersebut setiap hari.


12. VITAMIN..
Ambil :
· EPO (Evening Primrose Oil). Boleh dibeli di farmasi
. Vitamin E
· Vitamin C
· Iron (Jika ada darah tinggi tidak
digalakkan).
( Makan vitamin selepas makan)


RESEPI UNTUK KESIHATAN
Carrot
Sandwich
· Rebus carrot, lenyekkan.
· Sapu sedikit mayonis dan carrot yang telah dilenyek pada roti.

Salad Sandwich
· Salad (Potong kecil-kecil)
· Sedikit mayonis
· Timun yang dihiris nipis
· Telor rebus

amalkan&InsyaAllah anda akan menjadi cantik sebagaimana cantiknya
PUTERI GUNUNG LEDANG

Kesemua Petua di dalam blog ini adalah hasil dari  perkongsian rakan rakan office, saudara mara dan diambil dari buku petua  mahupun email.Jadi, andai kata anda terserempak dengan petua i anda, sila maklumkan pada saya. Saya akan link kan atau kreditkan kepada anda .Tujuan saya post di dalam blog ini adalah semata mata untuk berkongsi ilmu dan untuk simpanan saya. Terima kasih.

1 comment: