About Us

Wednesday, April 6, 2011

Cara cara perangkap nyamuk

Eii.. perasan tak sekarang ramai orang kena denggi.. maybe sebab hari hujan kot, di samping dengan tabiat manusia yang masih takder kesedaran sivik telah menyebabkan membiaknya Si Nyamuk Aides
Cakap pasal Denggi, aku memang lah fobia… cukuplah sekali dulu aku pernah kena admit kat hospital dek penangan si Aides ni.. Dahlah Muntah muntah, cirit birit.. malah kaki dan tangan semuanya birat birat bertanda.. nak pakai sexy pon tak boleh( uiks… mesti dikecam hebat.. Yelah bayangkan… aku rasa gatal sangat, tapi garu kuat kuat pun tak hilang… Tapi yang paling aku tak tahan lah, pagi pagi selama seminggu tiap tiap hari ada nurse yang jadi ala lala vampire yang dahagakan darah  aku. Banyak plak tu… Lagi malam malam kena tidur sorang sorang pasal katil sebelah aku kosong. Lagi best boleh pulak nurse nurse pelatih yang peramah tu dok cerita cerita pasal kisah pengalaman hantu lah bagai… aku rasa cam nak bagi je pelempang… Dia ingat muka aku yang tabah ni, berani sangat ke.. Tak pasal pasal yang jadi mangsa ialah nurse shift malam.. macam nak tercabut punat loceng tu.. macam macam aku mintak.. siap kata nak belanja diorang makan pizza kalau diorang teman aku dalam bilik..
Tapi malangnya yang kerja malam semuanya otai…. tak mesra alam langsung…
Tulah kisah beberapa tahun dulu.. berbalik kisah denggi ni, aku ada terima email pasal nak buat perangkap nyamuk.yelah… penyakit Denggi ni kan dari nyamuk.. jadi kalau kita cuba perangkap nyamuk nyamuk ni… mungkin boleh lah mengurangkan kadar demam denggi ni… Aku pun tak lah sure sangat keberkesanannya.. tapi tak salah mencubakan..
Dipendekkan cerita….
Apa yang kita perlukan hanyalah
Sebiji botol kosong (botol plastic coke tu) gula perang dan juga yis
1) Mula mula kerat Botol plastik tu kepa dua bahagian.Dan simpan kedua duanya
2) Pastu larutkan 50gram gula perang itu ke dalam air panas.Biarkan ia sejuk dalam ~22 deg C dan curahkan ke dalam botol yang di potong tadi (gunakan yang bahgaian bawah)
3)  Tambah 1 gram yis . Yis tu akan bertindak menghasilkan karbon dioksida. Tindak balas ni, dikatakan mampu menarik perhatian Si Nyamuk ni.
4) Letakkan bahagiaan atas botol tu pulak secara terbalik( macam corong ) Pastu last sekali tutup botol tu dengan kain yang berwarna gelap dan letak kat sudut sudut atau penjuru rumah.
5) Tunggu selama dua minggu dan lihatlah hasilnya yang memeranjatkan..

Tak percaya?? Cuba lihat gambar di bawah ni:





p/s : macam tak percaya je kan aku boleh translate tulisan cina ni kepada melayu... hihihi... kawan aku yang cerita kat aku. mekacih ..

3 comments: