About Us

Thursday, April 14, 2011

Kasih Si Ibu Kucing

Sebulan yang lepas, aku on the way back nak naik ke rumah aku kat tingkat lima...
Tiba tiba aku ternampak seekor ibu kucing yang baru je lepas melahirkan anak anak nya yang sangat comel.
Masa tu aku lihat dia mengiau ngiau di depan salah satu rumah jiran aku ini. aku tak faham memula kenapa mesti dia mengiau ngiau sebegitu rupa... pastu aku perhati kan je.. dan tetiba aku lihat dia gonggong anak nya satu persatu sambil mengiau di depan rumah jiran aku ni... Masa tu pada pemikiran aku mesti si kelabu ni , nak panggil tuan dia dan nak bagitau yang dia dah pon selamat melahirkan anak... aku pun ketuk lah rumah jiran aku ini.. Rupanya jiran aku adalah seorang jejaka.

Aku pun ketuklah pintu:
Tuk Tuk Tuk

Jiran : ye?
Aku: kucing awak beranak. ada kat depan ni .. ni anak anak dia...
Jiran: EEEEEEEEEEEiiiiiiii.. saya takut darah. saya nampak dia beranak berdarah darah.. saya nak keluar pon geli
Aku: Ohh.. tak pelah


Lorr.. bukan dia punya kucing?? Emm Maybe dia selalu bagi kucing ni makan kot.. tu pasal lah kucing ni balik ke rumah ni.. dia dah anggap jejaka ni tuan dia... kesian si kelabu ni.. masa tu kelabu tu, mengharap sangat dapat masuk rumah tu.. Dalam hati aku kata ni mesti first baby kan..

Lalu aku pun naik dan ambillah kotak... aku masukkan anak anak dia dan dia sekali.. dia nampak happy sangat dan pandang je aku masa tu. mesti dia kata thanks kan ?

Entahlah. yang aku tau seminggu kemudian dia dan anak anak nya serta kotak tu pun hilang.... Maybe ada orang tak suka kot lalu bawa dia ke tempat lain.. sedih jugak aku.. yelah nak lah tengok anak anak nya membesar..

Tapi tiap tiap hari setiap kali aku balik keje mesti aku tercari cari si kelabu ni.... hinggalah tadi... aku nampak dia dan anak anaknya di depan rumah jiran aku tu..berkenan tul dia ngan rumah jiran aku ni( mesti dia tak keluar rumah lagi kan)

 Tengok tu.. dia bangga dengan anak anak yang baru di lahirkan ni
 lagi aku tengok, lagi dia tunjuk kasih sayang dia depan aku... terasa lak aku nak ada anak.. hihihi


Dia pandang je aku... sebelum aku pergi... Apa yang aku kagum, ialah kasih sayang dia.. demi selamatkan anak anak dia, dia sanggup mengiau ngiau depan rumah orang minta pertolongan ... dan mengonggong anak nya satu persatu.. kalau sesiapa tengok pun pasti akan sedih dan sayu... tu lah kasih seorang ibu.. tak kisahlah ibu kepada manusia ataupun haiwan...

10 comments:

  1. kesian pulak kat kucing2 tu.. huhu

    ReplyDelete
  2. kesiannya... comellah anak2 kucing tu

    ReplyDelete
  3. adui...ciannye..kucing2 tu mcm rebut nenen kan...heehee..nway luv cat!muahhh

    ReplyDelete
  4. binatang pun tahu sayangkan anak, tahu nak bagi makan anak, tahu nak mempertahankan anak. kalau anak kak liza tengok ni mesti excited. comel betul.

    ReplyDelete
  5. aisya n munna : betul, memang kesian masa tengok diorang

    amanda: kita pun suka sangat kucing

    liza: comel sangat... nak nak masa siorang rebut rebut nak minum susu tu..

    ReplyDelete
  6. Mudah2an ibu dan anak2 cumil ini selamat dan dipermudahkan segalanya, aminnn............

    ReplyDelete
  7. salam....moga ibu kucen ini brsama anak2 nyer selamat .....
    moga ader la jgk insan2 yg baik hati dpt menjaga mereka....

    ReplyDelete
  8. Semoga ibu kucing dan anak2nya akan terus selamat...

    ReplyDelete
  9. Ala comelnya. Kucing selalunya memang macam tu, bila dia dah selesa kat satu-satu tempat, dia memang stick situ je.

    ReplyDelete
  10. Rosma: Insyallah...doa kan ye unutk diorang

    Yusz : Dah lama tak nampak dia.... mungkin kot ada orang dah pelihara..insyallah

    umie: ye umi.. kita harap macam tu

    Gen: tu lah pasal. balik balik kat situ jugak dia datang.. sampai tuan rumah tu pulak yang takut ngan dia.. hihi

    ReplyDelete