Semalam satu hari aku menghadiri seminar yang dianjurkan oleh FIMM bertajuk “ Creating a great Customer Service Experience “ oleh Jit Singh. Seminar yang berlangsung dari pukul sembilan pagi sampailah lima petang memang cukup memberikan motivasi malah tidak lah pula membosankan. Penceramah yang sangat berpengalaman di samping pandai pula membuat lawak memang cukup menyeronokkan. Topik dimulakan dengan menyentuh tentang “ Negative thinking”. Tahukah kamu semua yang hasil kajian mendapati kebanyakan kita setiap hari berfikir sebanyak 80% negatif dan hanya 20% dari otak kita sahaja yang berfikir positif. Bayangkan impaknya ke atas kehidupan kita seharian. Sebagai contoh sekiranya lah kita bangun di pagi hari unutk ke tempat kerja dan kita dapati hari sangat lebat hujan , apa yang sering bermain di pemikiran kita? Mesti kita akan kata: “Alamak hujan lebat .. mesti jamm giler” ataupun “ Malasnya nak pergi kerja”.. jarang sekali kita merasakan hujan di pagi hari tu adalah nikmat Tuhan sedangkan setiap kali kita mendapat email forward ataupun membaca blog malah mendengar ceramah motivasi sering diingatkan bahwa hujan adalah rahmat tuhan. Dalam Islam sendiri mengajar kita agar berhenti mengeluh dan tahu unutk bersyukur .. Kita manusia memang sering lupa...
Contoh kedua yang diberi adalah membayangkan kita di dalam perjalanan pergi ke satu tempat dan sedang memandu kereta dengan kelajuan yang ditetapkan, berada di lane tengah dan memandu secara berhati hati.. tiba tiba datang sebuah kereta dengan laju memotong kita dengan cara yang agak kurang ajar... pasti kita juga akan marah kan? Mesti kita akan kata” accident lah kau kat depan sana” atau pun kita akan kata” kurang ajar punya pemandu” dan kemungkinan mood kita sepanjang perjalan sangat terganggu. Tapi sedangkan pemandu yang kurang ajar tu dah pun sampai ke destinasinya dengan selamat, malah mungkin sedang bergembira sedangkan kita??? Jadi rasanya lebih baik lah kita cuba berusaha unutk menjadikan 80% negative thinking menjadi 20% dan sebaliknya digantikan dengan positive thinking.
Ye.. mungkin selepas ni kalau hujan di pagi hari.. belajarlah menyebut alhamdulillah... aku masih bernyawa unutk merasai nikmat hujan.. dan andai kita di buli di jalan raya,takpe... biarkan mereka dan ucapkanlah kuat kuat God bless You !
tengok tu.. cam tu lah muka korang bila tengah negative thinking
utk capai tahap kesabaran mcm tu.. memang perlu berperang dgn hati. tak senang tapi tak juga mustahil
ReplyDeletebetul tu sang lekit. saya sendiri pun tak berjaya lagi...tapi kena cuba.. supaya awet muda
ReplyDelete