Bahan-Bahan: 1 ekor ikan bawal / kerapu yang kecil
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih.
Sos:
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil cuka
¼ sudu kecil tepung ubi
Gula, garam & lada sulah (secukup rasa)
4 sudu besar air Hiasannya:
¼ biji timun
1 biji tomato
1 biji cili merah
2 tangkai daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
4 sudu besar minyak
Cara: Sediakan ikan. Bersihkan ikan bawal tetapi jangan memotong ekor & siripnya terlalu pendek. Perasakan dengan garam. Sediakan sayur-sayuran. Kupas bawang merah, bawang putih, buangkan biji cili merah & basuhkan dengan bahan-bahan untuk dihias. Cincang bawang merah & bawang putih. Potong timun, hiris tomato, mayang cili, daun bawang & petik daun ketumbar untuk hiasan. Sediakan sos. Campur semua bahan sos dengan 4 sudu besar air di dalam mangkuk. Memasak ikan masam manis. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan hingga berwarna kuning di kedua-dua belahnya. Tus & letakkan dalam pinggan bujur. Tuang minyak daripada kuali. Gorengkan bawang merah & bawang putih dalam minyak yang lebih itu. Tuang ke dalamnya adunan sos & masak hingga pekat. Perasakan secukupnya. Tuang dengan cermat ke atas ikan goreng. Hiaskan dengan timun & tomato yang telah hiris di keliling ikan serta bahan-bahan yang dimayang di atas ikan itu.
Sumber: Mesra.net
Kesemua Resipi di dalam blog ini adalah hasil dari perkongsian rakan rakan office, saudara mara dan diambil dari buku resipi mahupun email.Jadi, andai kata anda terserempak dengan resipi anda, sila maklumkan pada saya. Saya akan link kan atau kreditkan kepada anda .Tujuan saya post di dalam blog ini adalah semata mata untuk berkongsi ilmu dan untuk simpanan saya. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment