Monday, March 2, 2015

Ingatan untuk aku kau dan semua

Sejak akhir akhir ni memang agak bz kat office. Masuk pukul 9.00 balik pula lepas pukul 6. Itupun kalau kerja habis awal. Kalau tak pukul 7 atau 8 baru keluar dari office. Sementara berkemas dan ke parking pun dah ambil masa dalam setengah jam .. campur dengan jammed, lebih kurang dua jam juga untuk sampai rumah. Balik rumah dah malam. Gosok gigi mandi solat dan tidur. Besok ulang yang sama. Tulat pun sama. Semalam dan kelmarin pun sama. Jadi bilanya masa untuk cakap dengan mak eh. Kadang kadang Nampak missed call from mama. Kadang kadang pula dari papa. Tapi balik kerja baru call balik. Kadang kadang dah malam sangat. Mama pun dah tidur dan tak ingat apa pun yang nak mama cakap. Letak phone dan sambung drive...

Dapat satu msg dari whatsapp.. katanya nanti kalau kita mati.. hanya ahli keluarga kita sahaja yang akan mandikan jenazah kita. Bukan kawan office, bukan BFF, bukan bos besar, bukan bos kecik..

Tapi hanya keluarga..


Renungan buat diriku ini..

Terima kasih ex boyfriend

Setiap  apa yang berlaku pasti ada sebab nya.
Kalau orang putih cakap everything happens for a reason.
Semua pun sudah di tetapkan.
Kalau ini tak berlaku mungkin itu takkan terjadi.
Begitulah sebaliknya.
Walaupun kita tak dapat apa yang kita ingini.
Jangan sesekali kita mengalah dengan apa yang kita percaya.. lebih lebih lagi pada Dia yang Esa. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.Percayalah
Mungkin hari ni kita tak Nampak. Tapi esok esok baru kita rasa.
Pernah satu ketika cinta monyet saya di rampas orang ketiga
Malah cinta monyet saya tikam belakang saya
Sedih mengalahkan orang mati laki
Pergi kerja pun takda semangat
Sampaikan bos panggil.. katanya “ one day you should thank him.. tell him that... thanks for giving me this experienced.”
Sekarang baru faham.. memang kalau jumpa si cinta monyet..
Nak cakap.. terima kasih sebab tinggalkan saya. Saya jadi lebih kuat. Saya jadi lebih pandai menghargai . saya lebih maju dari sebelumnya. Terima kasih untuk segalanya...

Walau di saat sedih mahupun di kala suka.. mari kita kutip setiap pelajaran yang dapat kita pelajari. Bagi menghadapi hari hari yang mendatang

Friday, February 27, 2015

Andai benar dia jodohku

Kadang kadang pelik bila masih ingat si dia. Sedangkan si dia kejam gila. Cinta tak pernah buta. Kita yang buta. Kenapa masih meratap sedangkan hidup dia bahagia sedap sedap. Tapi hati kita, hati dia.. milik Allah. Berdoalah minta Allah beri petunjuk . Andai benar dia jodoh kita, terbaik buat kita dan agama kita.. permudahkan segalanya. Tetapi andai ada yang lebih baik dari dia.. minta Allah beri yang lebih baik itu. Minta Allah temukan kita dan jodoh kita dengan sebaik baik pertemuan. Insyallah

Dear Baby Boy

Dear Baby boy



Remember me? I used to be your favorite hello, your hardest goodbye, I used to be the person you wanted to talk most and will miss if you didn't get to talk to me. I used to be someone you wanted to be with everyday and night, I used to be the first thought in your mind in the morning and the last thought before you go to sleep, I used to be the girl who you wished to see me smile when I’m down and who wish I didn't cry, I used to be the most beautiful girl to you. Yeah, I used to be that person.



With Love,

Me..