Monday, March 2, 2015

Ingatan untuk aku kau dan semua

Sejak akhir akhir ni memang agak bz kat office. Masuk pukul 9.00 balik pula lepas pukul 6. Itupun kalau kerja habis awal. Kalau tak pukul 7 atau 8 baru keluar dari office. Sementara berkemas dan ke parking pun dah ambil masa dalam setengah jam .. campur dengan jammed, lebih kurang dua jam juga untuk sampai rumah. Balik rumah dah malam. Gosok gigi mandi solat dan tidur. Besok ulang yang sama. Tulat pun sama. Semalam dan kelmarin pun sama. Jadi bilanya masa untuk cakap dengan mak eh. Kadang kadang Nampak missed call from mama. Kadang kadang pula dari papa. Tapi balik kerja baru call balik. Kadang kadang dah malam sangat. Mama pun dah tidur dan tak ingat apa pun yang nak mama cakap. Letak phone dan sambung drive...

Dapat satu msg dari whatsapp.. katanya nanti kalau kita mati.. hanya ahli keluarga kita sahaja yang akan mandikan jenazah kita. Bukan kawan office, bukan BFF, bukan bos besar, bukan bos kecik..

Tapi hanya keluarga..


Renungan buat diriku ini..

No comments:

Post a Comment

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...