Friday, March 6, 2015

Mr. Istikharahku

Ternyata semalam hari yang memenatkan. Teringat aku di mana dia memandang aku . Pohon doa.. pohon pengertian.. aku hanya membiarkan sahaja pandangan matanya. Yeah.. aku ambil cuti.. sebab Si Dia nak pergi temuduga. Temuduga kerja baru demi masa depan kami. Katanya.. haha. Aku gelak je. Lebihnya aku nak cuti untuk rehatkan minda sambil dating dating.

Pagi lagi Si Dia dah datang. Dating dating sikit.. lepas tu terus ke HSBC Cyberjaya. Ramai yang menunggu.

 Aku melihat dia.. “B,.. ayg confident dengan B”... dia senyum je sebenarnya.. Nampak je seri muka dia naik.. hahah.. kata semangat aku di samping doa mak adalah yang paling istimewa.. katanya.. 

Setelah sejam berlalu.. ternyata dia gagal. Aku tak pasti dengan perasaan aku sebenarnya. Aku kecewakah? Tapi aku harus kuat. Kalau aku kecewa.. ternya dia lagi kecewa kan.. tapi aku lihat dia biasa je.

So kami pun lintas jalan balik ke kereta. Dia sempat lagi hisap rokok untuk menghilangkan tension. Aku hanya memerhati.. masih tercari cari rasa hati dia. Dia Nampak biasa. Tapi dia tak seperti biasa.

Kami masuk kereta. Dia maraup mukanya. Menagis tersedu sedan. Aku terpana. Aku tak tau nak buat apa. Takkanlah tak dapat kerja rasa frust gila? Lagipun ni baru temuduga pertama.

Katanya... dia rasa useless. Dia mengharapkan sangat kerja di sini. Demi masa depan kami. Sebab nanti nak tanggung aku bila kami kahwin. Nanti nak bahagiakan aku. Yang paling penting nak dekat ngan aku

Kata aku.. sebenarnya .. seperti yang dia pernah katakan.. akulah wanita paling ego yang dia kenal. Bukan kerana aku ego aku hebat. Tapi aku takut terluka lagi.. berkali kali aku terluka.. dan aku tak nak bagi muka kat dia.. tapi dia... lelaki paling sabar pernah aku jumpa.. dan lelaki yang buat pertama kalinya buat aku rasa sangat dihargai sebagai wanita..
Semalam buat pertama kalinya dia menjatuhkan ego aku. Aku menangis depan dia. Aku terharu dengan apa yang dia lakukan untuk aku.

Ye.. semalam hari dia gagal dalam temuduga. Tapi semalam adalah hari di mana dia Berjaya mengubah pendirian aku terhadapnya. Hari di mana aku rasa.. rupanya masih ada yang sudi mencintai aku sepenuh hati... hari di mana aku takut kehilangannnya..

Ya Allah.. sesungguhnya jodoh yang datang dari MU adalah terindah...


B, terima kasih buat segalanya... Mr Istikharah ku....

-Ain-

1 comment:

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...