Monday, March 16, 2015

Dia bukan yang terhebat.

Dalam hidup aku ni, Dia bukan lah lelaki pertama pun yang hadir. Aku ni ramai gak pakwe. Tapi semuanya pun pakwe tak jadi. Dalam erti kata lain, bukan jodoh.. kawan ramai. Macam macam dah aku jumpa. Yang aku kawan sampai 6 tahun, yang kaya, yang handsome, yang lain bangsa pun ada. Pendek kata aku pernah jumpa dari the best sampai the worst. Yang buat aku nangis tertonggeng tonggeng pun ada. Kadang kadang aku terfikir.. kenapalah aku kene lalui eh jumpa semua semua lelaki tu. Buang masa.. malah buang air mata.

Tapi bila kau fikir balik.. semuanya Allah SWT dah atur sebaik baiknya. Kalau aku tak tempuh semua tu, aku tak pernah rasa nak berubah. Aku tak tau erti sabar.. aku takkan tau erti redha. Dan yang paling penting aku memang tak kan tau erti ikhlas. Aku mungkin masih huha huha macam dulu.. aku mungkin masih abaikan solat.. aku mungkin masih melagha tak tentu hala…

Tapi juga.. kalau aku tak jumpa lelaki lelaki yang melukakan hati aku dulu.. mana mungkin aku akan menghargai apa yang aku ada sekarang… dia mungkin bukan yang paling handsome, paling kaya, paling hebat.. tapi serius.. dia ada sesuatu yang buat aku rasa aku cukup segalanya.. kesederhanaan dia dan sifat down to earth dia buat aku rasa.aku bersyukur. Amin

Apa pun jodoh pertemuan di tangan Allah. Aku tak pasti masa hadapan.. Cuma aku berdoa sekiranya dia adalah yang terbaik buat ku, dan juga Agamaku… permudahkan lah segalanya Amin.
Segalanya aku berserah pada Allah.. sebagai manusia , kita tak tau apa akan berlaku.. sesungguhnya yang baik itu dari Allah yang buruk datang dari diri kita sendiri…


-Ain-

2 comments:

  1. Tu tanda Allah sayang kita.. lumrah manusia ni kadang2 mencari kasih sayang Allah setelah di kecewakan manusia

    ReplyDelete
  2. "..kalau kita tak sakit,manakan bisa merasai nikmat sihat."

    ReplyDelete

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...