Saturday, March 7, 2015

Keikhlasan

Sepanjang hidupku,aku melalui segalanya tanpa meletakkan rasa keikhlasan yang sejati. Tapi,apakah makna sebenar ikhlas? Bak kata muda mudi zaman sekarang,ikhlas tu rasa yang hadir dalam hati apabila kits nk lakukan sesuatu demi seseorang.
Betul ke itu maksud sebenarnya ikhlas?
Atau tu cuma 1 pemahaman yang terbit pada golongan muda mudi zaman sekarang?
Biarlah pengalamanku menceritakan dan memberi apa makna ikhlas yang sebenarnya....
Aku telah lahir dalam keluarga yang sederhana kehidupannya. Ibu dan bapaku adalah seorang yang sangat mementingkan pelajaran dalam kehidupan anak-anak mereka. Tetapi pada zaman kecil,apalah yang aku faham tentang pentingnya semua itu.
Aku telah dikurniakan bakat mampu mengingati banyak benda terutama yang melibatkan angka dan digit. Sehingga kini,angka-angka yang pernah hadir dalam diriku walaupun kini usiaku sudahpun menjangkau 30an. Aku masih mampu mengingati segalanya dengan baik.
Sejak dari sekolah rendah lagi, aku merupakan pelajar yang cemerlang yang kekal meletakkan tempat ku di hadapan dan seiring pelajar cemerlang yang lain. Tetapi apabila aku mula menjangkau remaja, pelajaranku mula merosot. Apakah puncanya?
Ketika itu,aku cuma belajar di atas dasar mengikut kehendak dan bukan kerana atas sebab ikhlas. Semasa di peringkat yang lebih tinggi,aku berjaya mengekalkan kedudukan aku lebih hadapan berbanding rakan-rakan ku yang lain.
Tetapi,apabila bermula nya zaman kerja...
Aku menghadapi kesukaran menempatkan diriku. Rakan-rakan Ku yang dahulunya berada di belakangku kini hampir semua lebih berjaya daripada Ku. Setiap hari aku akan termenung di 1 kawasan persembunyian ku until berfikir sejenak.
Dalam berusaha untuk memperbaiki corak kehidupanku ini,aku telah menyambung pelajaran Ku ke aras yang lebih tinggi. Tetapi aku tetap tidak dapat menempatkan diriku lagi. Aku sering bertanya pada diriku. Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Dalam sedang aku bertarung mengubah segalanya,ditakdirkan aku bertemu seseorang. Pada mulanya hanya lah seorang teman biasa tanpa erti apa-apa.
Semakin lama,aku rasakan yang aku menyayanginya. Rupanya,aku tidak bertepuk sebelah tangan. Kami telah menyulam perasaan kasih dan perasaan cinta. Kedua belah pihak keluarga tiada halangan tentang perhubungan kami.
Pads suatu masa, kami telah berbual. Begini perbualannya.
Saya : apakah yang buat ayg suka pada b?
Dia.   : b ada kelainan daripada orang lain
Saya : apa dia?
Dia.   : b mengutamakan keluarga b Dahl
Dia.   : ayg percaya b akan mampu jaga keluarga ayg juga
Saya : selain ITU?
Dia.   : ayg ada buat istikharah dan ayg percaya b lah lelaki yang diberi dalam petunjuk ITU
Ya Allah, aku terdiam. Aku terlupa. Aku terleka.
Selama ini,aku telah sangat lalai, bahawa DIA merindui semua hamba nya.
Selepas perbualan itu,aku termenung sendirian sambil merenung wajah ibu dan bapaku. Aku mencari jawapan.
Aku mengambil wudhuk dan melakukan solat sunat. Aku berasa sangat tenang. 1 perasaan yang selama ini malap dalam diriku. Aku terkejut. Aku teruskan mendekati segala aktiviti kerohanian. Dari situ aku mula faham apa itu ikhlas yang sebenarnya.
Ingatlah, ikhlas tidak bermaksud untuk  seseorang. Tetapi jika kita kembali dan letakkan ikhlas kerana Nya,insyaallah segalanya akan dipermudahkan
Nukilan ikhlas
-asyraf-

1 comment:

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...