About Us

Thursday, June 6, 2013

Sharifah Sakinah mengaku bercinta dengan anak Erma Fatima

BINTANG baru Sharifah Sakinah mengesahkan yang beliau sedang bercinta dengan anak pengarah filem dan drama, Erma Fatima yang bernama Ahmad Albab.

Apabila dihubungi, Sakinah tidak segan silu mengakui perhubungan cintanya dengan Albab sudah mula terjalin semenjak sembilan bulan lalu.

“Ya, kami sedang menjalin hubungan cinta. Saya sebenarnya sudah lama mengenali Albab. Kami mula berkenalan ketika saya berusia lapan tahun apabila kakak saya (dan bekas pelakon) Datin Seri Sharifah Haslinda membawa saya melawat sebuah lokasi penggambaran. Kami tidak berjumpa lagi selepas itu selama hampir 10 tahun sehingga tahun lalu di sebuat set penggambaran,” kata Sakinah, 24, sewaktu dihubungi baru-baru ini.

Katanya, dia cuba untuk berlaku jujur, sejujur-jujurnya dengan sesiapa yang bertanya mengenai status hubungannya dengan Albab. Justeru, apabila ada pihak media yang merisik, Sakinah lebih selesa untuk berterus-terang mengenai status perhubungan mereka.

Sharifah Sakinah bercinta dengan anak Erma Fatima


“Saya tidak mahu nanti ada yang berkata saya dan Albab intim di luar tetapi tidak telus mengenai status perhubungan kami. Umum mengetahui yang kami memang sedang bercinta,” katanya lagi.

We’re a young couple (kami pasangan muda) and we’d like to enjoy every moment together (kami hanya ingin menikmati saat-saat indah kami bersama),” kata Sakinah.

Mengakui yang rutin harian maasing-masing membataskan mereka untuk menghabiskan banyak waktu bersama, Sakinah santai apabila berbicara tentang hubungan mereka.

“Walaupun kami terlalu sibuk dengan karier dan begitu juga Albab yang semakin hari semakin sibuk dengan tugasnya, kami tetap akan meluangkan masa kami bersama-sama jika masa mengizikan,” kata Sakinah sambil menambah yang Albab lebih fokus dengan kariernya sebagai jurukamera filem.

Jika ada masa terluang, tambahnya Sakinah, dia dan Albab lebih selesa menghabiskan masa melakukan aktiviti riadah petang untuk merehatkan minda.

“Kami sering keluar ‘jogging’ bersama-sama. Kebetulan rumah kami tidak jauh jarak dari satu dengan lain jadi senang untuk berjumpa bila berkesempatan,” katanya.

Apabila jadual Albab terlalu sibuk, Sakinah akan mencuri masa untuk melawatnya di lokasi penggambaran, “sekadar untuk mengubat rindu pada buah hati saya,” katanya sambil tertawa kecil.

Karakter mereka yang berbeza, kata gadis kelahiran Kuala Lumpur ini, membuatkan mereka selesa menjalin hubungan.

“Saya seorang yang bising dan Albab pula seorang yang pendiam. Kami memang pasangan yang ‘cool’ dan keserasian kami memang jelas,” kata Sakinah.

Apabila ditanya tentang hala tuju hubungan mereka, Sakinah menepis pertanyaan dengan berkata, “I’m a workaholic (saya seorang yang kuat bekerja). Sekarang bukan masa yang sesuai saya berbicara tentang perkahwinan. Saya dan Albab masih muda dan kami hanya maju memupuk sebuah perhubungan yang kukuh dan positif,” kata bintang muda yang berusia 24 tahun.

“Terlalu banyak impian yang kami mahu kecapi dalam karier kami. Kami masing-masing bersetuju yang karier perlu diutamakan,” kata pelakon yang pernah membintangi filem Ular (terbitan KRU) dan drama TV Biar Mimpi Sampai ke Bintang dan Dendam Sara Kit.

Sebagai pelakon, kata Jue, dia mempunyai impian yang sangat besar dalam dunia seni. Impiannya hampir sama dengan impian banyak pelakon lain iaitu mencari seberapa banyak peluang untuk menonjolkan bakat dan kehebatan.

Paling penting, dia tidak mahu dikenali hanya sebagai pelakon yang popular kerana cerita kontroversi, tetapi sebagai pelakon yang betul-betul boleh berlakon.
Sumber : yahoo

3 comments:

  1. oo... ni la anak herma fatimahhh tu..
    encem jugak...

    ReplyDelete
  2. yelah, dah besar rupenyer anak angkat erma ni...

    ReplyDelete
  3. yelah tu taknak kontroversi padahal dia yg create kontroversi

    ReplyDelete