About Us

Monday, May 1, 2017

Hotel SeaLion di Kuala Selangor


Salam semua..

Dah lama betul aku tak update blog ni. Bukan setakat bersarang macam dah tak nakpak jalan ni ha.. ok well .. minggu ni aktiviti jalan jalan cari makan kat kuala selangor. Tapi sebelum tu aku nak update sikit hotel budget yang ok. Semalam kami sampai dalam pukul 4 lebih. Memula lepas survey aku dan Hubby nak menginap di Hotel App. Sebab aku baca blog review ramai yang kata best. Tapi semalam aku sampai sana dia suh tunggu dulu sebab orang baru balik so diorang tengah berkemas. Aku dok situ nampak lak ceiling bocor bagai malas lah pulak aku nak tunggu. aku ni memang suka tengok benda cantik cantik je. Bila nampak benda macam tu tak berkenan lak. So aku google lagi cari hotel bajet best kat sini. hah tu yang junpa hotel sea lion. masuk masuk je ada aroma yang sangat best. ada mini pool kat luar bagi yang bawa anak. Konsep dalaman hotel ni pon nampak ala ala bali sikit.Sorry tak ambik gambar semalam penat gila. Lepas settle bayar dalam 118 plus Rm 50 for deposit. Kalau nak breakfast tambah 15 hinggit sorang. Tapi aku ngan hubby tak nak sebab memang nak cari makan kampung kat sini.. Hotel ni berkonsepkan firefly. Maklumlah kuala selangor kan femes dengan kelip kelip ni. Memula masuk bilik taklah besar sangat tapi yang penting bersih dan selesa. Aku tercarik carik tang mana kelip kelip nya. Sampai gaduh gaduh ngab hubby aku cakap hotel ni tipu kita. Sekali hubby jumpa receptionist dia. haha rupanya kene on switch da....









No comments:

Post a Comment