Sunday, March 3, 2019

Food Valet di Sungai Ramal Kajang

Hi salam semua.

Dah lama rasanya sis tak update blog ni. Rindu rasanya nak connect dengan you all. 
Itupun Kalau you all masih ingat sis lagi. By the way sis nak share pengalaman sis makan dekat Food Valet di Sungai Ramal Kajang. Sis rasa ramai tahu kan Food Valet ni? Sis rasa sis yang out dated. baru je discover food kat sini. Itupun lepas viral kat facebook pasal Nasi Goreng Gila dan Nasi Harimau Menangis yang famous tu. Haruslah kami ke sana nak try Harimau yang menangis tu. Tapi sampai sampai kat situ, banyak pulak pilihan makanan yang ada. 


Maaflah semua sis pergi malam so, kualiti gambar yang sis ambik memang tak berapa memberangsangkan. Nanti kalau sis pergi siang, sis update gambar lah ye.


Kitorang order Nasi goreng gila yang viral tu


Amacam nampak gila tak? 

Boleh lah survey survey you all nak kegilaan yang biasa atau yang special.

And kitorang order jugak


Ni adalah seafood leleh yang meleleh air liur sis  masa ambik gambar ni


Basically boleh pilih samada nak set single, couple, family dan combo family.

Selain daripada tu, sis dan hubby yang ketamakan ni pun ada order kerang sambal.
Boleh tengok gambar yang sis tepek ni. Gila sedap. Tapi sambal dia sis rasa agak manis. Tapi still sedap jugak pada tekak sis ni.



And last sekali, sis nak share gambar air durian belanda sis. 



Sis memang peminat tegar durian belanda and sis rasa air durian belanda sis memang terbaik. Isi pun banyak. Cuma lain kali kalau sis datang, sis nak mintak kurang manis. Peniaga kat sini semuanya manis manis belaka. Tu yang food and drink dia semua manis. Tapi so far, sis puas hati sangat sangat.

Saturday, September 16, 2017

Kedai Rojak dan Cendol best kat shah alam

Salam semua

hah aku ni kalau cuti cuti macam ni apa lagi.
jalanjalan cari makan je lah.. kali ni kami cari makan area shah alam lagi. Malas nak jalan jauh jauh.. kat shah alam ni masih banyak lagi tempat yang belum kami cuba lagi..

Hari ni nak kongsi sikit buat peminat peminat rojak pasembor dan cendol.
Korang percaya tak yang ada 100 jenis cendol yang korang boleh pilih kat kedai ni..


Nilah kdai yang aku maksudkan


Nampak? kang kata aku tipu pulak

Ni pulak booth rojak dia. Kita boleh pilih bahan yang kita nak tambah kat rojak kita.. 
Ada macam macam jugaklah. Ada fishball fish cake semua tu


Ni rupa rojak kami. Tapi korang kalau nak pilih bahan tu agak agak jugak lah ye. serius kitorang agak tamak so end up jadi banyak dah tak habis bila dia dah campur tahu , sayur dan kuih rojak tu.

aku rembat gak rojak buah.
memang tak tahan tengok buah buahan segar yang memanggil manggil..

dan...


ko jangan tak percaya .. nilah rupa cendol kami. memang superb
harga lima hinggit tapi memang banyak. aku sampai tak habis

Monday, September 4, 2017

Nasi Ayam Bakar Kenyalang

Salam semua

Alhamdulillah dah empat hari kita bercuti. Besok nak start kerja dah... Huaaaaaaaa

So hari ni otw nak balik ke Shah Alam, sempat lah kami menjamu selera dia Nasi Ayam Bakar Kenyalang..

memang superb. Kedai makan ni lokasinya di Jalan Pantai Ampangan Seremban. kedai tepi jalan je.


Hah nampak tak...ayam di bakar pakai arang.. memang yummy


Kat sini layan diri ye.. harga nasi ayam untuk sorang makan RM7. tapi worth the money. Memang sedapppp