About Us

Sunday, September 7, 2014

Khasiat Timun



Timun atau nama saitifiknya dipanggil cucumis sativus ialah tumbuhan menjalar dan mempunyai sulur dahan berbentuk spiral. Ia biasanya ditanam sebgai ulam ataupun sayuran untuk dimasak. Buah timun sangta kaya dengan Vitamin A,B,C,E.

Timun mengandungi flavonoid dan polifenol sebagai antiradang serta mengandungi asid malonat yang berfungsi menghalang gula agar tidak berubah menjadilemak. Ia amat sesuai seklaidijadikan makanan untuk yang ingin bediet. Kandungan seratnya sangta tinggi dan berguna untukmelancarkan proses membuang air besar,menurunkan kolestrol dan meneutralkan racun. Selain itu mentimun juga kaya dengan kukurbitasin C yang sangat berkhasiat untuk meningkatkan kekebalan tubuh dan mencegah penyakit hepatitis.

Buah timun juga mampu membantu membersihkan ginjal, menurunkan panas badan dan menurunkan darah tinggi.

Di antara khasiat timun ialah, apabila kanak kanak mempunyai masalah cacing dan juga masalah sakit tekak.

Petua bagi merawat sakit kerongkong:
1. Ambil sedikit timun
2. Campurkan dengan sedikit garam
3. Kumur beberapa kali.

Petua untuk menurunkan darah tinggi dan membersihkan ginjal
Buah timun yang segar dicuci bersih dan diparut. Hasil parutannnya diperah dan ditapis. Air perahan ini hendaklah diminum dan lakukan nya 2 hingga 3 kali sehari.

Petua menghilangkan demam
Timun segar dicuci lalu diparut. Hasil parutannya diletakkan diperut

Petua menghilangkan jerawat
Buah timun dicuci bersih lalu dihiris nipis nipis. Hirisan timun ditampalkan dan digosokkan pada kulit yang berjerawat. Lakukan setiaphari.

Petua menghilangkan panas badan
Timun dicuci dan diparut. air dan hasilparutan dimasukkan gula batu.kemudian diminum sehingga panas hilang.

Sumber gambar: Google

No comments:

Post a Comment