About Us

Tuesday, September 16, 2014

Kisah Kak Sal yang menginsafkan

Sebenarnya kisah yang berlaku ni dalam dua tahun lepas dimana pada masa itu saya telah mengikuti program Taddarus Al Quran yang dianjurkan  oleh Masjid As Syakirin KLCC pada Bulan Ramadhan. Pada masa itu saya baru sahaja heart broken and alhamdulillah setelah berharian menangis dan berkurung, akhirnya saya menemui jalannya iaitu back to basic. Allah segalanya dan saya redha dengan apa jua yang telah Allah tetapkan buat saya.

Pada ketika itu, saya kenal siapa sahabat ketika susah dan siapa hanya bersahabat waktu gembira. OK.. nampak dugaan saya sangat mudah kan. Heart Broken normal bagi sesetengah orang. Namun bagi saya ia amat memeritkan dan saya rasa seolah segalanya hilang sekelip mata. Syukur pada sahabat yang membantu dan syukur Ke hadrat ilahi kerana telah pun memberikan hidayah buat saya yang kerdil ini.

Berbalik pada kisah saya bertadarus, pada masa tu saya telah berkenalan dengan beberpa orang wanita yang saya sangat kagumi dan insaf dengan apa yang berlaku pada mereka. Salah satunya seorang kakak ni, saya namakan dia kak Sal sahajalah.Perwatakan ceria dan sangat peramah.tapi kadang kadang seperti mempunyai masalah.Kadang kadang dia menyanyi di dalam perjalanan menuju ke masjid. Pelik saya. Dan dia sentiasa berseorangan.

So.. pada penghujung ramadhan, saya dan Kak Sal berjanji untuk tidur di masjid bagi mengikut qiyamullai yang dianjurkan pihak masjid. Dan pada masa itulah saya sempat berbual bual kisah hidupnya. kak Sal kata dulu dia bekerja bank. Pegawai juga rasanya. dan Kak sal telah berkenalan dengan suaminya semasa ada perlawan sukan yang dianjurkan oleh bank. Dan mereka pun berkahwin. mereka dikurniakan seorang anak perempuan. dan setelah sepuluh tahun umur perkahwinan, suaminya telah meninggalkan dia dan membawa anak perempuan nya sekali. Suaminya biasalah lelaki kan..so sudah pun berkahwin dengan perempuan lain dan meneruskan kehidupan bahagianya di Pulau Pinang.

Pada masa itu dia sangat down. kak Sal sangat terluka dan tidak mampu meneruskan hidupnya lagi. Namun setelah mendapat kekuatan dan setelah berjanji dengan anaknya untuk membawa pulang ke KL dan memulakan hidup baru, dan akhirnya telah mendapat persetujuan dari pihak suami, dia pun uruskanlah proses penukaran sekolah anaknya dari Pulau Pinang ke KL. Tetapi Allah uji sekali lagi. Tiba tiba Kak Sal ditimpa sakit misteri. Berbulan bulan di hospital namun doktor tidak mampu untuk mendiagnos penyakitnya. Lalu Kak Sal cuba berubat secara Islam. dan dari situlah Kak Sal tahu dia disantau. oleh siapa kak Sal tak bagitau. Tapi kak Sal kata hampir bertahun jugalah dia ditimpa sakit teruk ni. Dari bekerja sehinggalah tiada kerja. Saya tanya so sekarang macam mana akak teruskan kehidupan akak seharian. Kak Sal kata dia dapat bantuan kebajikan masyarakat dan campur sana sini bantuan bolehlah dia teruskan hidup. Saya kata anaknya? Kak Sal kata selepas dia baik sakit anaknya pun dah ada kehidupannya sendiri. sekarang kak Sal kata dia dah hampir sihat. Saya tanya macam mana? Kak Sal kata sebab dia redha dan dia sentiasa berubat dengan Al Quran. Saya nak juga tahu macam mana kan. tapi saya diamkan  sahaja.

Pada malam  itu, saya dengar orang mengaji. Saya lihat Kak Sal sedang mengaji.Bangun solat..sedangkan saya ketika itu tidur dan hanya mengharapkan Qiyamullail yang dianjurkan masjid. Masyallah..Kau tarik segalanya dari Kak Sal.. Tapi kau beri dia sesuatu yang lebih berharga....


1 comment:

  1. Besar ganjarannya bila orang terima dugaan Allah dengan berlapang hati & kembali ke ajaran agama...

    ReplyDelete