Sunday, September 28, 2014

Bila cintakan laki orang

Salam semua..

Hari ni saya nak ceritakan kisah kawan saya yang kawan dengan suami orang. Dia sahabat baik saya. dan secara tidak langsung bila orang kaitkan dia dengan suami orang saya pun tercalit sama. Eh kenapa nak samakan saya dengan dia.Saya tak nak pun suami orang ni. Kalau nak senang je.cheh. berlagak ke? tak lah.Cuma itulah kenyataan nya. Sebab maybe suami orang ni dia hanya nak suka suka je kot. So dia tak kisah..main belasah je siapa pun boleh dijadikan teman.asalkan dapat melupakan seketika ribut dalam rumah tangga. asalkan dapat pejamkan mata dari masalah rumahtangga. Dan secara logiknya awek kepada suami orang ni selalunya lebih manja dan lebih understanding malah lebih baik sebab selalunya diorang ni tau yang boyfreind dia adalah hubby someone so dia akan berusaha menjadi lebih baik dari segalanya. Dan kalau boleh nak jadi sebaik malaikat.

Selama saya berkawan dengan kawan saya ni,dia tak pun jahat.emm.Jahat jugaklah ambik laki orang tapi taklah sejahat macam dalam tv tu. Selalu juga dia nangis sebab kadang kadang last minute BF cancle date sebab bini bising ke. sebab tetiba anak sakit ke.Macam macam alasan lah.Pastu selalu nangi sbila BF dah janji na kkawin tahun ni.pospon taun depan pastu pospon lagi dua tahun depan.pendek kata memang sedih gak jadi perampas ni...baru saya tahu.kalau tengok TV,perampas selalunya jahat kan
Pastu baru baru ni dia dapat pulak call dari isteri BF dia ni. Kena maki kow kow. sedih lagi. nangis lagi

Dia minta nasihat saya. apa nak buat.Serius saya tak tahu. Takut juga kata kata orang nanti kemudian saya pun sama kan.Nak tolak poligami memang tak boleh. Dengar tu perempuan. dosa tau tolak poligami sebab poligami memang dibenarkan dalam Islam. Cuma apa yang boleh kita lakukan ialah DOA. Doa semoga poligami ini tidak berlaku pada kita dan keluarga kita.Ni bukan saya yang cakap.Ustaz kat Masjid Negara yang cakap.So.. doa ye....doa kat ALLAH tiap tiap hari.

Berbalik pada nasihat saya kat kawan baik saya..Entahlah.. saya kata ISTIKHARAH sahaja... 
Itu je yang mampu dia lakukan. Bila saya senaraikan buruk baik kawin dengan laki orang.. emm.. dia kata dia boleh terima semua buruk tu..dah cinta,,,, apa nak kata..

4 comments:

  1. Saya pon Ada kawan mcm nie... Saya takut Sgt if trjdi kt kita sndri... Mtk dijauhkn la

    ReplyDelete
  2. Tengok pada kemampuan si suami jugak la kan.. kemampuan bukan segi harta benda jer.. Kemampuan dia mendidik si isteri. seorang isteri pun dia belum mampu mendidik menjadi isteri solehah inikan nak tambah lagi satu. Wanita solehah takde kot nak maki2 orang.. so si kawan tu fikir dulu. jangan fikir dia kaya.. boleh tanggung makan pakai.. boleh adil dalam kasih sayang dah cukup syarat untuk dia layak berpoligami.. Janji pun selalu tak boleh nak tunaikan.. inikan pula perkara lain yang lebih besar. dari situ dah nampak kegagalan lelaki tu.. jadi fikir fikir kan lah semasak2nya. Kalau tetap nak redah kena bersedia sebab apa yang dia akan hadapi selepas berkahwin akan lebih mencabar sebab dari awal dah nampak ketidakrelaan isteri pertama utk di madukan, kedua lelaki tu dah nampak gagal untuk didik isteri dia menerima poligami.. akak sendiri pun masih tidak cukup kuat untuk terima org lain berkongsi suami...

    ReplyDelete
  3. jodoh adalah rahsia allah..
    redha padanya jika itu ketentuannya...

    ReplyDelete
  4. good sharig story...sy juga punyai sahabat yg lbh kurg bgitu..but now alhamdulillah...ALlah izinkan dia untuk mlepaskan suami orang..n move from his life. :-)....

    ReplyDelete

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...