About Us

Saturday, March 9, 2013

Coconut Shake Klebang. Jomlah


Ok.. pada satu masa dulu bila saya sebut saya dari melaka mesti semua orang nak kaitkan saya dengan belacan lah cencaluk lah. sinonim betul. yang kirim belacan pun ada. harum satu kereta bila bawa balik belacan untuk kawan kawan.pening pening. kita lupakan dulu pasal belacan.. emmm.. mungkin next entry boleh cerita pasal kefemesan belacan Melaka ni  ye.. ok ok.. kita lupakan dulu kisah belacan ye..

Entry kali ni just nak cerita yang kalau sekarang bila saya sebut saya dari melaka, mesti orang akan kata.. ohh.. yang femes dengan coconut shake tu ye? yang kat klebang tu ye? yang tepi jalan tu ye? dah jadi trend.. hihi. btw. jawapan saya. yes.. yang femes dengan coconut shake. yes di Klebang dan yes di tepi jalan tu. Tapi tu dulu.. sekarang dah ada kedai kat dalam.. tak jauh dari yang tepi jalan tu. (faham ke apa aku cakap ni). ok macam ni. dulu dia memang berniaga tepi jalan je.. panjang beratur (sampai la ni masih panjang). tapi bila dia dah femes, dan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas kedainya dah upgrade sikit. dia buka satu lagi gerai kat belah dalam selari dengan lorong kedai tepi jalan tu(serius ada masalah komunikasi aku ni). buat buat faham jelah. tak berapa pandai nak bagi direction. btw, kat dalam ada banyak parking, ada banyak tempat duduk dan siap ada kuih muih lagi

coconut shake dia, memang best. refreshing dan creamy , yummy..ice cream dia guna vanilla ice cream jenama walls.. so.. sesiapa yang singgah di melaka, jom lah lepak di Klebang coconut shake. anda pasti tak menyesal.





terkeliur buat entry ni

tengok lah tu... ice cream dia.... nyum nyum
tengoklah muka tak sabar nak telan...dah takde control ayu dah

ni lak muka malu malu kucing. padahal dah belasah segelas besar coconut shake.

2 comments:

  1. tgk gambarnya pown dah terliur.. nyum..nyum..huhu... :D

    ReplyDelete
  2. Dah pernah try dlu sekali masa duk melaka. Tp xingat dh cmne rasanya..

    ReplyDelete