About Us

Saturday, March 9, 2013

Kes Sulu vs Kawan Sabah

Tadi chat dengan member di Sabah. tanya pasal kes Sulu. kononnya nak lah korek korek cerita sebenar. yelah sana sini orang dok perkata BN lah PKR lah dalang.

Tapi kena marah lah pulak. dia kata orang semenanjung sangat beruntung dan macam tak da keje dah. diorang kat Sabah takda masa nak fikir pasal politik. setiap hari dia dan keluarganya berdoa dan buat solat hajat agar Sabah bebas dari penceroboh. Doa agar prajurit negara tabah dan selamat berjuang. Doa agar mereka sekeluarga dan saudara mara di dan rakan rakan di Sabah selamat.

ye.. kia di semenanjung memang macam tak de keje kan.. yelah tak kena batang hidung sendiri kot.

marilah kita sama sama berdoa agar Negara kita Malaysia selamat dan aman seperti sediakala.Politik jom tolak tepi dulu. Rakan kita di sana nyawa di hujung tanduk... Amin.. 

2 comments:

  1. betul...hapuskan dulu penjenayah dan penceroboh.. Robohkan dinding politik dulu!!!

    ReplyDelete
  2. Mudah mudah sabah dan kita dilindungi. aman damai itu yg kita mahukan

    ReplyDelete