About Us

Friday, March 22, 2013

Resipi Ayam Goreng Ketumbar

Assalamualaikum semua.

Saja nak share satu resipi ayam kegemaran saya. boleh lah cuba ye.
Resipi ni kawan yang bagi.Masa tu kononnya mencari resipi unutk majlis open house

Ayam ketumbar ni bolehlah di makan begitu sahaja atau akan dengan nasi lemak. sedap sangat pasal ada habuk habuk yang memang best bila di kunyah

AYAM GORENG KETUMBAR (15 orang)
3 ekor ayam (5 kg) ayam - potong 8 - cuci bersih dan
toskan airnya.

Perapan : (Tumbuk bahan ini kasar2)
1 cawan ketumbar biji
1/2 cawan jintan manis
1 buku halia muda
1 labu bwg putih

2 sd besar garam (secukup rasa)
3 sd besar gula
sedikit msg
2 sd besar serbuk kunyit

1 kg minyak untuk menggoreng

Ayam yang telah ditoskan (pastikan tiada air untuk
lebih mudah menyerap rempah) digaul dengan bahan
tumbuk, garam, gula, msg dan kunyit hingga rata. Tutup
dan perap dalam peti sejuk biarkan semalaman. kegunaan gula dlm resipi ini adalah untuk melembutkan ayam.

Panaskan minyak dan goreng ayam bersama serabut2
rempah sekali hingga garing. Angkat dan toskan dgn
kitchen towel.

Selamat Mencuba.

2 comments: