About Us

Wednesday, December 16, 2020

Review cerita Stranger! Cerita Korea Best

Assalamualaikum semua.

Apa khabar, harap semua sentiasa sihat dan mengikut SOP yang telah ditetapkan. 
#kitajagakita

Hari ni entri aku berkenaan sebuah drama Korea yang agak realistic dengan apa yang berlaku di mana mana negara. Cuma jalan cerita dia pening sikit la untuk difahami

Tajuk : Stranger
Season : 2
Rating : 4/5

Pelakon
Cho Seung Woo - Prosecutor Hwang
Bae Doona - Lieutenant Han
Lee Joon Hyuk - Prosecutor Seo

Cerita ni berkenaan tentang barisan Prosecutor yang "corrupt". Dari penerimaan duit sampai la entertainment yang bukan bukan. Apa yang disampaikan melalui cerita ni sangat realistik.

Sistem birokrasi yang sangat berkuasa sampaikan orang yang bersalah dapat melepaskan diri dengan mudah dan sewenangnya jika ada "connection" dengan pihak atasan yang berkuasa dan mempunyai duit.

Cerita ini sangat recommended sebab kita dapat bayangkan dengan situasi apa yang berlaku dalam kehidupan harian kita. Cuma 1 saja kekurangan cerita ni terutama untuk season 2,plot yang agak "twist" membuatkan jalan cerita susah untuk difahami. Lagi pula, penggunaan watak dan nama karakter yang baru menambahkan kekeliruan dalam memahami dan mendalami cerita ni.

But anyway, it's a good story and suitable for family. Sebab tak ada apa apa unsur 18sx dan sebagainya. 


Wait for next entri ya. 

-asyraf-

1 comment:

  1. Drama yang menarik tentang corruption. Bolehlah dijadikan pengajaran.

    ReplyDelete