About Us

Sunday, December 13, 2020

Hargai yang Tersayang

    Illustrasi gambar diambil dari posting  
        rakan yang kehilangan ibu bapa



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Dalam musim covid ni, ungkapan #kitajagakita #ikutsop dan macam-macam lagi sentiasa kita dapat dengar dan tengok.
Yang bagus nya, kita dapat tengok rakyat Malaysia bersatu pada dalam keadaan yang genting. Satu semangat yang bagus dan harus dipuji memandangkan negara kita ni "multiracial" country. Sangat susah untuk dapat sepadukan semua dalam masa yang singkat. Satu perkara yang patut kita puji. Tahniah untuk semua.

Tapi, 1 perkara yang ada segelintir lupakan. Iaitu IBU BAPA. Orang yang jasanya takkan mampu untuk kita balas. Walau kita hidup seribu tahun sekali pun. Takkan terbalas sekelumit pun jasa mereka. Takkan! 

Baru baru ni aku ada nampak dan baca posting kawan sebaya aku yang kehilangan kedua ibu bapa dalam masa genap sebulan. Permulaannya bapa, lepas genap sebulan tu mak dia pergi. 1 kitaran peristiwa yang cukup memilukan hati. Aku duduk termenung dia suatu sudut rumah memikirkan adakah aku seorang anak yang baik. Soalan yang masih belum berjawab kerana jawapan bagi soalan tu masih belum ada tanda noktahnya. 


Mesti semua tertanya kenapa aku kaitkan ibu bapa, jasa dan covid kan. Sebenarnya, apa yang aku cuba sampai kan adalah pada ketika yang genting ni, ada laaaaa orang yang jadi "nomad" dari kawasan bandar balik ke kampung atas sebab sebab sekolah tutup dan seangkatan nya.

Tahukah semua, dari pada 411 kematian disebabkan covid, lebih 80% adalah orang yang berumur 50 tahun ke atas. Yang mana semua tu level level mak abah. 

Pada zaman sekarang, aku tengok semakin ramai parents yang ada kesedaran dalam menjaga kesihatan keluarga terutama yang melibatkan anak-anak tetapi dalam masa yang sama, keutamaan tu hanya difokuskan kepada anak anak. Topik ibu bapa diletakkan ke tepi dan tidak di sama ratakan. Aku mohon, kita menuju ke arah yang lebih baik. 1 panggilan pun dah cukup untuk gembirakan hati dorang. 

Melalui entri ni aku cuma nk luahkan apa yang aku nampak, dengar dan rasa. Sama sama kita semua menjadi anak yang lebih menghargai. 


Nukilan Ikhlas dari hati
-asyraf-


1 comment:

  1. saya dan rakan sepejabat pernah berbincang tentang hal ini, kebanyakan mengatakan mereka tiada pilihan dan terpaksa menghantar anak2 ke kampung, walaupun sedar ia akan merisikokan ibu bapa yang telah tua..

    erm...

    ReplyDelete