About Us

Saturday, December 12, 2020

Review cerita Hi Bye Mama! Cerita Korea Best

Assalamualaikum semua.

Apa khabar semua? Harap semua sihat waalafiat dan sentiasa mengikut SOP yang telah ditetapkan
#kitajagakita.

Pada zaman yang dipenuhi dengan istilah PKP, PKPD, PKPB dan PKPP, aku lihat ramai orang mengambil kesempatan meluangkan masa keluarga menonton drama atau movie terutama melalui platform berbayar macam netflix dan sebagainya.

Aku dan Isteri antara orang yang terjebak. Pada saat aku start 'subscribe' netflix, waktu tu betul betul lebih kurang 2 minggu sebelum PKP dilancarkan. Fuhhh.. Macam tau tau je kan. Itupun nasib baik wife aku suruh aku setelkan semua tu. Harap kan aku, haraaammmmm.

Aku ingat lagi, bila ada je netflix kat rumah aku, antara drama terawal yang wife aku start follow adalah Crush Landing On You. Pada waktu dia start tengok aku tak layan pun. Aku buat tak tau je. Tapi bila da separuh jalan, aku pula join da terjebak, hahaahah. 

Panjang pula cerita aku. Aku sebenarnya bukan nak cerita kan pasal cerita ni. Tapi cerita lain. Aku rasa cerita ni yang paling menyentuh hati dan perasan aku. 

Ni ha cerita dia. HI BYE MAMA!.

Pelakon utama
Kim Tae Hee sebagai Cha Yu Ri
Lee Kyi Hyung sebagai Jo Kang Hwa
Ko Bo Gyeol sebagai Oh Min Jung
Seo Woo Jin sebagai Cho Seo Woo

Sebenarnya ada lagi watak watak lain dalam cerita ni, tapi aku cuma letakkan yang paling utama (aku rasa laaaa). 

Persepsi asal aku pasal cerita Korea ni sebenarnya balik balik pasal hubungan cinta yang kesudahannya akan bersama juga. Betapa aku skeptikal kan. Tapi cerita ni la yang telah buka mata dan minda aku. Yang kualiti, jalan cerita, plot dan penyampaian dah jauh berbeza berbanding dulu. 

Cerita yang ini berkisarkan seorang wanita (Cha Yu ri) yang meninggal ketika sarat mengandung. Tetapi anaknya berjaya dilahirkan. Dalam masa yang sama Cha Yu Ri telah menjadi 1 entiti atau lebih dikenali sebagai hantu yang berkeliaran. Setiap hari dia cuma akan temankan anak dia. Bertahun tahun dia macam tu walau pun dia dah dapat peluang untuk 'reincarnate', tapi dia elak. 

Pada suatu hari, dia telah marah semarahnya pada 'deiti' ataupun tuhan sehingga kembali kan dia jadi manusia. Konflik demi Konflik berlaku setelah dia muncul kembali. 

Aku rasa sampai sini dulu ringakasan cerita aku. Nanti siapa yang tak tengok lagi rasa "spoil" pulak aku cerita habis. By the way, apa aku nak katakan, cerita ni one of the best Korean drama pernah aku tengok. 
Sampaikan bengkak muka aku. Bukan kene lempar kuali ya. Tapi banjir juga la air mata jantan aku. Hahaahah. 


Sangat recommended pada semua orang cerita ini. Entri lepas ni aku akan senaraikan sedikit sebanyak "detective" Korean drama pula. 

-asyraf-

No comments:

Post a Comment