About Us

Saturday, December 19, 2020

Tik Tok VS FB

 


Vs



Assalamualaikum semua.

Apa khabar semua? 

Harap semua sentiasa sihat waalafiat di samping keluarga.

Soooooo, entri hari ni tentang 2 nama besar ni. Mesti semua tertanya apa yang berlaku kan. Diorang berdua ni bergaduh ke? Cubaan "acquire" antara satu sama lain ke?

TAK. TAK. TAK.

Apa yang nak dibincangkan hari ni..................



MARKETING !!!

Apakah "method" yang digunakan  untuk kedua dua platform. Jom kita sama-sama bincangkan. Semoga ilmu yang dikongsi dapat mantaat bersama





Tapi kan, B2C tu apa? ABC ....sampai Z ke?

TAK!

Maksud B2C adalah Business 2 Consumer
Atau kalau direct translate. Dari perniagaan kepada pelanggan.
Kiranya dari sebuah kedai kepada pelanggan secara "direct".

so, dalam banyak-banyak teknik yang ada....so kita fokus pada yang pertama. Social Networks and Viral Marketing. 

Semua orang dah sedia maklum dan tau apa itu Social Network kan. So facebook & TikTok adalah dari kategori yang sama. Asasnya kedua-dua tempat untuk kita bersosial antara satu sama lain. 

Tapi kan,sebelum kita nak mula nak berjual beli dekat platform ni, sekurangnya kita kena tahu apakah data asas untuk kedua  ni.

"With over 2.7 billion monthly active users as of the second quarter of 2020, Facebook is the biggest social network worldwide. In the third quarter of 2012, the number of active Facebook users surpassed one billion, making it the first social network ever to do so. Active users are those which have logged in to Facebook during the last 30 days. During the last reported quarter, the company stated that 3.14 billion people were using at least one of the company's core products (Facebook, WhatsApp, Instagram, or Messenger) each month."

haaaaa...tengok tu...secara global ada lebih 2.7 billion pengguna FB seluruh dunia. Bayangkan jika kita mampu jual 1 barang pada setiap orang dengan harga RM1, kita dah jadi billionaire tuuuu..
Kayo den jua barang kek fb.

Monthly Active Users – TikTok has about 850 million monthly active users. In November of 2018, TikTok reported that the number was 680 million monthly active users. We estimate that it’s increased to 850 million as of now (September 2020).

Tengok ni pulak, kurang-kurang pun ada lebih 850 juta pengguna TikTok yang aktif seluruh dunia. Pun boleh jadi jutawan gak ha. Kayaaaa bak hang.


yang penting adalah "content" kita dapat reach pada target market kita, insyaallah..Tiada apa yang mustahil.




                              https://influencermarketinghub.com/tiktok-marketing-guide/

Berdasarkan "research", kebanyakan pengguna TikTok dalam dari golongan Generasi Z.  Golongan ni adalah  orang-orang yang lahir di antara tahun 1997 - 2012. so kiranya geng-geng umur 8 sampai la 23.
so method ni adalah sangat effektif kalau target audience untuk geng geng umur ini.

Tapi  FB mcm mana plak kan????

Ok, yang best nya tentang FB ads...kita boleh target macam-macam jenis audience. Kalau korang nak tahu, FB ads boleh set Demographic setting.  kiranya boleh la target adik adik ke, abang akak ke, pakcik makcik....even atuk nenek pun kita boleh target tau..Senang kan........

yang penting korang kene invest sikit la dalam FB ads.


VIRAL MARKETING

Lah....ni mende pulak kan...


Dunia marketing menggunakan media sosial sebagai medium untuk penyebaran strategi mereka. Dan itulah yang menjadi esensi dari viral marketing. Dari kata “viral” sendiri, sebenarnya kamu sudah bisa mengerti mengapa viral marketing cocok untuk media sosial.

Hal-hal viral selalu muncul setiap harinya di media sosial karena ketika ada satu informasi yang menarik, maka semakin banyak pula orang yang merespon dan menyebarkan. Itu juga yang dilakukan oleh viral marketing. Oleh karena itu, kreativitas dan ide segar yang menarik sangat dibutuhkan dalam proses pembuatan konten.




yang ni adalah satu cara untuk kita sampaikan pada pengguna pada luar tentang information apakah produk yang kita jual berdasarkan kreativiti kita.Tapi apakah cara yang betul tentang teknik ni???

Soalan ni agak subjektif.......sebabnya tepuk dada tanya selera.

Pilihlah antara positif impak atau negatif impak.


Tapi kan....sekarang ni terlalu ramai orang suka pilih negatif impak...tau sebab apa?


sebab setiap manusia ada terselit 1 pemikiran yang skeptikal walau macam mana pun.
Kita biasa cepat dapat tangkap bila negatif elemen ada dalam topik viral tu.
Tapi biasanya method ni tak boleh bertahan lama..manusia ada satu batas di mana kita akan tafsirkan satu perkara negatif tu harus disingkirkan dari kotak minda.

Cuba kita tengok,biasanya orang yang gunakan negatif impak ni kene selalu ada content baru untuk pastikan nama dia sentiasa "Panas" dalam pasaran. waktu nama dia tengah panas,dia akan cuba selitkan imej imej produk yang dia jual tu tanpa dia perlu promosikan. Sebagai contoh,orang yang buat video viral tu pakai baju brand "A" berwarna "Biru". lama kelamaan orang yang tengok video dia akan mula perasan tentang kehadiran baju tu dan mula mencari baju yang sama.

Berbeza pula dengan orang yang menggunakan Positif impak..contoh macam orang share tentang "knowledge" dan sebagainya. Teknik ni agak pasif dan lambat untuk menarik audience. Tapi mampu bertahan untuk jangka masa yang lebih panjang.   Sebagai contoh, cuba tengok penyanyi Khai Bahar. Bermula dengan video smule,beralih ke YouTube...lepas tu sangkut dengan Fb. Nama dia naik tak terlalu cepat,tapi  hasilnya boleh tahan dan mampu berada dalam market untuk tempoh yang lebih lama.

Contoh-contoh yang saya bagi tu hanya lah satu contoh ye.


So korang.....boleh la cuba-cuba survey teknik apa yang korang nak pilih ya.

TEPUK DADA TANYA SELERA

-asyraf-

1 comment: