Tuesday, December 15, 2020

kehidupan harian kerjayaku - part 1

Assalamualaikum semua.

Apa khabar semua?

Entri aku yang sebelum ni ada bagitahu aku kerja sebagai apa, tapi mesti juga ada yang tertanya apa yang aku buat kan. OK, so hari ni aku akan cerita serba sedikit tentang apa yang aku buat setiap hari

Secara rasmi nya, aku adalah seorang Territory manager. Dalam erti kata lain, apa yang jadi dalam kawasan tu, semua aku kena buat. Ha hahaahah. Dari satu sudut, aku adalah seorang "salesperson". Jumpa customer setiap hari. Explain tentang produk bla bla. Division aku cover untuk hygiene terutama di Hotel dan outlet F&b.

Ada ketika aku akan jadi seorang "engineer" yang sedia memberi kan khidmat. Supaya semua equipment kebersihan dalam keadaan yang baik


Tadaaaa. Ni la salah satu kerja hakiki aku setiap hari. Memastikan equipment "cleaning & sanitation" dalam keadaan yang ngam dan berfungsi dengan baik.


Haaaa yang ni pulak time role aku jadi hyginiest. Aku akan suggest dan advice apa teknik/prosedur yang betul bila nak mencuci. Kadang Kadang ada orang tanya aku, susah ke nk cuci pinggang. Aku akan jawab Ya dan Tak. Sebabnya walau di rumah atau outlet commercial, asas dia tetap sama... Iaitu PROSEDUR


Macam ni, aku tengah jadi "laundry specialist". Aku akan terangkan apa cara yang terbaik untuk basuh baju. Hahahaha. 
Mula mula dulu aku pun tergelak dengan apa yang aku buat. Tapi, lama lama aku perasan ramai orang guna cara yang salah untuk basuh baju. Aku akan cerita tentang prosedur laundry yang betul Entri akan datang ya. 

Yang ni pula waktu aku tengah consult untuk "Housekeeping". Dari lantai sampai la ke shower head tu pun aku akan explain detail. 

Macam ni, aku tengah jadi trainer untuk 1 hotel. Aku akan explain dari topik Food Safety sampai lah guest tu checkout dari hotel. 

Waktu ni aku tengah buat 1 site survey. Macam saintis kan. Hahahaahah


Next round aku akan explain lebih kepada prosedur pembersihan. Ilmu ni bagus bukan setakat kepada commercial business, tapi untuk dekat rumah juga. 

Untuk mana mana business yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang "cleaning & sanitation" boleh comment entry ni atau just drop email asyraf.amirbaki@ecolab.com ya. 


-asyraf-



1 comment:

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...