About Us

Saturday, December 19, 2020

Lemon panas untuk mengurangkan kolestrol dalam badan

Salam Semua.


                                                          Sumber: NDTV Food


Hari ni aku nak share salah satu petua atau tips untuk mengurangkan kolestrol dalam badan. Tip ni telah dikongsikan oleh mama aku sendiri, iaitu dengan meminum air lemon setiap pagi. Bukan lemon ais ye, tapi air lemon panas. Btw kalau minum air lemon ais pun tak salah, tapi hanya dapat Vitamin C sahaja dan tidak boleh mengurangkan kolestrol. Sebagai info tambahan, lemon mengandungi flavonoid polyphenolic. So kebaikan flavonoid ni ialah membantu mengurangkan tahap kolesterol buruk iaitu (LDL). Selain dari itu, ia juga mengandungi vitamin C dan B yang dapat membersihkan saluran darah, dan melindungi dari penyakit-penyakit seperti penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis, jantung dan darah tinggi.


Cara -cara buat air lemon panas
Basuh bersih lemon
Hiris halus halus (yang bagusnya kulit dia, jadi jangan buang kulit)
dan rendamkan dengan air panas.


Itu sahaja. senangkan nak membuatnya.

Amalkan setiap hari kalau boleh, tapi mama aku ada gastrik so selalunya mama akan buat selang sehari.
Mama bagitau yang dia mengetahui keberkesanan air lemon panas ini adalah dari Dr. Noordin Darus. Banyak tip tip kesihatan yang dikongsikan oleh beliau. Kepada sesiapa yang ingin mengikuti video video kesihatan beliau, bolehlah tekan link ini : Dr. Noordin Darus


'Ain










1 comment:

  1. ouhh tak payah gula ye . saya suka minum teh lemon rasa msm sikit

    ReplyDelete