Sunday, May 31, 2015

Sam..... Unfaithful

Minggu ni mama insist aku ambik sam balik..
Reason mama : nanti sam lupa kat aku
Aku lak yakin sam dan aku mana boleh dipisahkan... 
Dia milik aku selamanya dan aku milik dia selamanya..

Sekali... Bila aku bawak dia kuar... Meronta ronta nak lepas..
End up....

Dia dok bawah katil... 
Yang aku lak sibuk panggil.. Samm... Sam.... Sam...


Bila panggil dia toleh.. Pandang muka aku.. Tepat ke dalam mata aku

Tapi pastu dengar suara mama kat luar... Terus toleh pandang ke luar

Huh..... Unfaithful 

Friday, May 29, 2015

Ubat batuk Difflam bagus

Dah hamper sebulan batuk. Sebenarnya aku ni kalau kena batuk memang berbulan bulan nak baik. Pernah dulu masa bulan puasa aku kene batuk, siksa sangat. Dahlah tak boleh minum air. Paling tak boleh blah kalau rasa nak batuk dalam train. Mesti rasa nak tercirit tahan gatal tu.

Aku punya terdesak nak baik, segala jenis ubat aku dah try. Ko sebut je lah apa nama scientific ubat batuk yang korang tahu.. meh sini aku tunjuk botol. Tu baru cerita pasal ubat batul. Belum lagi ko dengar aku amalkan petua petua merepek  untuk hilangkan batuk. Segala jenis limau, asam jawa dan madu aku dah try. Tak baik jugak. Tapi aku paling ingat dulu masa aku kena batuk tak baik baik, aku baca dalam blog sape ntah. Dia suh kita letak minyak masak kat bontot.

Ko caya tak kalau aku cakap.. serius aku ikut. Sebab masa tu dah lah janji nak karok minggu depan ngan kengkawan. Batuk laktak henti henti. Semangat nak tunjuk bakatlak berkobar.. masa tu belasah je lah letak minyak kat bontot pon.. letak jelah. Bukan nya orang tau. Ni hah baru nak bagi tau korang. Keh keh keh

Ok  berbalik pada cerita minyak tu.. aku pon balik rumah (masa baca blog petua hilangkan batu tu kat office) so aku pun terus mandi. Pegi dapur. Dengan confident ambik je minyak masak secolet. Pastu sapu. Pastu tidur. Pastu besok aku bangun pagi serius baik? ?? aku pon tak sure. Samada petua tu memang mujarab atau sebab segala jenis ubat, madu, lemon, petua tu dah bergabung dan berganding bahu untuk bagi chance kat aku baik dari batuk. Wallahualam.


Tapi hari ni aku saja nak bagi tau korang aku ada jumpa satu ubat batuk macam gula gula. Rupanya macam strepsil. Beli kat Watson. Ni sebab tak tahan sangat gatal. So pergi singgah Watson dan beli yang jenis lozenges ni. Namanya Difflam. Harga lebih kurang 13 hengget. Ada lapan biji. Agak mahal lah. Tapi ko nak baik tak? Memula makan rasa macam gula gula je. Rasa manis.. tapi taklah sedap sangat. Strepsil lagi sedap. Tapi setakat ni aku dah ambik tiga biji.. Alhamdulillah.. memang lega. Dah kurang gatal kat tekak. Dah lah mudah je. Tak payah ambik sudu semua, just hisap je.. macam makan gula gula.. pastu baik.. tak payah nak sapu sapu minyak bagai.. so ni aku nak syorkan lah... belilah Difflam.  Macam iklan berbayar lak. Tapi tak pun. Saja nak share sebab kesian kat orang orang yang senasib ngan aku ni ha. Ok bye. Nak gi karok..


Ni lah brand magical lozenges yang diperkatakan

tu bukti aku dah telan tiga bijik


bukti pembelian di watson. siap ada alamat lagi kot kot nak beli kat tempat yang aku beli...

Manusia yang suka makan petai adalah manusia tidak bertanggungjawab

Statement kat atas tu ialah statement untuk manusia manusia yang suka makan petai. 
Ye.. sudah terbukti yang u oll tak bertanggungjawab. Kenapa ? 

ko tak percaya ke. Or ko terasa? Entahlah kalau betul u oll ni bertanggungjawab mesti lah u oll akan pastikan setiap kali keluar toilet, bau petai hilang. Susah ke? Tak susah pon... Cuma dah u oll memang tak bertanggungjawab. Takkan lah u oll tak tahu u oll makan petai. Dan sebenarnya honestly di saat air kencing tu kuar pun, u oll memang dah bau dah yang kencing u oll bau petai. 

U oll tahan untuk dok kat dalam toilet sampai orang yang tunggu kat luar toilet keluar dari toilet. so budget nanti buat buat tak tahulah kan yang u oll punya keje kan buat bau pahit petai satu toilet.

Actually bukannya u oll tak boleh bertanggungjawab sebenarnya boleh. Tapi sebab ni toilet awam.. toilet office.. so u oll rasa no point tuk bersihkan toilet lepas guna kan. Cuba kalau toilet rumah u oll. Mesti u oll akan bersihkan tul tak.. kalau kat rumah takut laki u oll marah.. takut kene tinggal pasal bau petai busuk kan... huh.

Meh sini aku ajar..  di saat kau mencangkuk nak kencing, silalah buka air pipe awal awal. So masa ko kencing, cucurkan air tu ke kencing ko, di sampaing tangan lagi sebelah tekan flush untuk hilangkan air kencing sebelum dia melekat di tepi dinding toilet bowl. Lepas tu bila dah sudah.. cuba ko hirup udara sekeliling ko. Ada bau lagi tak yang tertinggal ? oh ada bau lagi sikit kan.. so jirus lah air banyak banyak sikit. Flush dua tiga kali. Done. Hilang bau... senang kan..


Huh. Depan laki ko .. depan boypren elok je cantik dan wangi. Meh sini aku bawak boypren ko masuk toilet lepas ko kencing... confirm dia recalculating .. reconsidering and reconfirm.. hihi

Recalculating reconsidering reconfirm


Selagi kita hidup di dunia ni
Semua pun pinjaman Allah
Selagi tak mati, lagi
Selagi bernafas, kita masih ada pilihan
Jangan takut untuk mengira balik, menimbang setiap keputusan
Kadangkala keputusan tu melibatkan seluruh kehidupan
Jadi selagi belum buat keputusan kita masih ada masa
Dan seandainya kita telah buat keputusan
Dan keputusan kita salah
Kita masih boleh berpatah balik.
Kenapa perlu takut apa kata orang

Bukankah yang kita takut apa kata Allah,

Thursday, May 28, 2015

Sam lagi

Mama send gambar sam. Tengok tu.. sape sebenarnya yang manjakan sam.mama kutuk kutuk sam tapi mama still gak bagi muka kat sam. Tengok tu.. ngada betul.. golek golek camtu bajet comel...


geram nya te tengok dia golek golek camni.. rasa nak gigit perut dia...


ohh.. ni memang dah lebih.. mama siap bagi sam lepak atas katil lagi.. senangnya hati ko ye..


Actually aku hantar send balik rumah mak aku sebab nak ubatkan penyakit cacing dia yang tak sembuh sembuh. semua dah buat.. pegi klinik inject, makan ubat... huhu tapi tak baik lagi.. nape eh?? cacing dia yang putih putih halus halus..

tapi memang kesian.. mama kata, setiap kali mama tengok bontot sam, mesti sam macam nak tak nak je bagi.. pastu bila mama dah tengok cacing kat bontot dia, dia mesti akan tenung mama dalam dalam macam mintak kesian... huhu sam..... 

Kucing yang tak patut dikasihani



Masa mula mula dapat whatsapp dengan gambar kucing berdarah darah macam ni di tambah dengan nota kaki “ Kucing yang tidak patut dikasihani” menambahkan amarah dan dendam kesumat aku terhadap manusia manusia jahat yang suka menganiaya binatang. Huh. Memang binatang betul. Aku tanpa melihat gambar yang seterusnya terus ditenggelamkan emo yang tak terhingga dasyatnya sehinggakan aku menghentakkan penumbuk sulung ku di meja...
Lalu aku sambil mengalirkan air mata meneruskan lagi pembacaan ku dan melihat ke gambar yang seterusnya... ....

Dan aku membuka mataku dan melihat....................................

Ek eleh.......
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Sihat bugau rupanya kau ye..
huh... buat suspen je.. 
tidur atas cat rupanya...
hihihihihi
tokono den


tengok ni close up muka dia ni... saje je propa ye ko cik oren


Gambar : dari whatsapp group 

Wednesday, May 27, 2015

Sam punya cerita

Pagi pagi lagi mama dah whatsapp dalam group.. Mama kata siapa punya kucing ni.. dah pecahkan pasu mama.. sila bayar hahah.. harga pasu seperti tertera di dalam gambar. Dalam hati aku.. siapalah punya kerja ni. ni mesti kucing wana adik aku hahha.. pasal kucing aku sekor je kat umah mak aku. nama dia Sam dan sangat sopan santun... so tak mungkin...


sekali... mama post je gambar kucen tu..... huahuahua.. Samm....... nape buat kaklong macam ni.. tak sayang kaklong ke.... buat malu kita jer... huhuhu..
 mama kata dia dah takut, pastu pergi naik almari tinggi tinggi menyorok.. bila orang tak nampak... pergi lari masuk store.. hahhahah.. ingat orang tak boleh jumpa ke... ishh.. ni lah si sam gemuk buntal ni... .. cuba tengok muka terperanjat dia kene tangkap... cuak le tew
pastu dah malu buat  buat muka macho plus tak bersalah... hahhahah.. apa apa pun i love you so much sam..... rasa nak peluk cium... rindu giler sama kamu.....

Lovisa On Sale


Hey Girls.... I want to share a secret.... syhhhh

Lovisa on sale....Lovisa on sale......  tak dengar? Lovisa ada sale..... hihi

Semalam pergi nu sentral... grab dua set cincin kat bawah...
Cuba tengok berapa harga kat situ? RM 35.90 kan.. yang kat sebelah tu pulak tanda harga dia ialah RM28.90.. mahu terbang nak dekat 65 hengget kalau takde sale...

tapi disebabkan ada sale gila gila.. aku hanya beli dengan harga RM16.00 je untuk kedua duanya... puas hati tu... 

so sesiapa yang minat accessories bolehlah singgah kat mana mana Lovisa Shop ye. Tapi semalam kat Nu Sentral dah tak banyak tinggal.. Cepat Cepat k..
kat pavillion pulak aku rasa banyak lagi... cuma takda size kecik untuk jari i yang comel... huhu


Cuba tengok bawah ni.. makcik kayo... I like... rasa cam nka pakai je semua... hihi

Tuesday, May 26, 2015

Kisah setiakawan

OK. Ini kisah semalam. Emm. Tak last week kot. Ok macam ni. Bermula dari last week, tapi semalam baru meletup.

Kisah seorang sahabat yang kononnya ingin membela seorang sahabat di office yang ternyata buat salah. Tapi di atas sifat setiakawan , dia tetap mempertahankan sahabat dia dan memburukkan bos sahabat dia. So.. semalam bos tu marah dan ianya agak memalukan. Tiada siapa yng berdiri. Tiada siapa yang bangun mempertahan kan dia..

Iniah dunia kerja. Masing masing ingin lepaskan diri. Dari dulu lagi aku mana pernah percaya sahabat dari office. Ramai yang menikam dari yang baik. Bak mak aku cakap kat office ni, dinding dan kerusi semuanya ada telinga.. so jaga jaga...

Tapi bila cakap pasal setiakawan teringat aku pada seorang sahabat. Dah lama tak jumpa dia. Apalah khabar wahai sahabatku. Nama dia ely. Nama penuh rahsia. Cuma teringat masa sekolah dulu agak rapat. Masa tu aku agak nakal. Dia pun nakal, malah berganda ganda nakal dia berbanding aku. Sehinggalah dia dilantik menjadi ketua tingkatan. Masa itulah dia menjadi lebih baik.
Pada masa tu aku benci nak masuk kelas BM. Tak tau kenapa cikgu tu tak berapa serasi dengan aku. Masyallah seandainya dapat diundurkan masa, aku memang nak pohon ampun dengan cikgu. Sebab dulu aku tak tau menghormati guru. Bila dah tua ni.. barulah Nampak pengorbanan seorang guru. Rasa berdosa gila ngan cikgu.. Maafkan aku cikgu....

Berbalik pada kisah kawan aku ni, dia selalu cover aku setiap kali aku ponteng kelas. Sampailah satu hari dia merayu kat aku.. dia kata tolonglah jangan ponteng kelas kerana dia dah tak boleh cover untuk aku dan cikgu pun dah marah kat dia. Dan di atas sebab setiakawan aku pun tak lah ponteng kelas lagi.


Ada lagi satu insiden di mana pada masa tu kitorang baru je lepas habis paper peperiksaan akhir tahun tak silap aku. Dan rasanya pula, kertas agama kot. Masa tu baru sahaja habis memerah otak. Dah siap pun... pastu ely ajaklah aku borak. Siap gelak gelak lagi. Tetiba cikgu yang jaga tu bangun... terus pergi tempat aku dan rampas paper aku. Nasib baik dah siap, tapi yang sweetnya, tetiba ely bangun... “ Cikgu, saya yang ajak Nurul’Ain borak” ... pastu terus keluar dan hantar kertas nya sekali ...emm..  ni memang setiakawan.. sanggup redah segalanya bersama.. yang baik atau pun buruk.. Ely, I miss you so much sahabat..  Manalah ye kau sahabat?


-Ain-