Monday, June 15, 2015

Sebab aku sayang korang...

Masa makan lunch tadi, seorang sahabat free hair marah kat aku. Katanya up entry yang mengata orang free hair. Lagi kata yang aku ni tak sedar diri. Dulu free hair orang tak cakpa apa.

Err.. aku faham perasaan dia. Sebab dulu masa aku tak pakai tudung aku pun terasa hati bila orang cakap pasal tudung. Ramai kata isu ni sensitive dan boleh melukai hati kawan.

Ok. First aku sebenarnya tak bermaksud untuk mengata kawan. Ye aku mengaku yang masa aku up entry tu, aku terlupa pasal kengkwan aku yang free hair. Tapi serius aku Cuma cakap secara general di mana aku nak mengatakan itulah persepsi orang. Tak boleh nak elak.  Aku pun dulu pernah dianggap kurang baik kerana tak pakai tudung. Tapi perlukah aku kecil hati? Sedangkan bukankah Islam itu dakwah. Salah ke kawan aku ingatkan aku? Kenapa perlu kecil hati pada statement yang memang ada dalam Al-Quran.

Kedua. Aku tak da sebut nama sesiapa. Malah aku memberi contoh aku. Jadi aku mengatakan kisah hidup aku dulu dan sekarang.

Ketiga .. aku bukan pun baik sangat baru je pakai tudung tapi aku memang nak ingatkan kawan-kawan aku yang belum pakai tudung lagi.. pakai lah.. biar pakai tudung dengan baju ketat sekalipun.. at least belajar pakai. Sebab benda wajib ni kita memang kena paksa diri kita buat. Nanti insyallah lama lama ikhlas.

Keempat..Islam itu bukan paksaan..ye benar. Tapi maksud ayat itu ialah Islam tak memaksa non muslim untuk memeluk Islam. Tapi bagi yang muslim wajib ikut apa yang telah ditetapkan

Kelima. Aku poyo. Ye. Aku mengaku agak over up entry macam konon ustazah. Tapi aku memnag nak kawan kawan aku rasa apa yang aku rasa sebab aku sayang korang.

Macam adik aku dulu kata.. bila kak long nak pakai tudung? Aku marah. Tapi sekarang aku faham sebab dia sayang aku.

Korang tak tau rasanya diri ini dihargai bila kau berubah kearah kebaikan. Aku tak niat nak riak. Sebab aku masih lagi kadang kadang tudung aku terpendek.. malah masa mula mula aku pakai tudung, baju aku lengan pendek. Tapi lama lama aku mula panjangkan lengan baju aku.

Tapi apa yang aku nak korang rasa ialah bilamana kau pakai tudung dan kau rasa kau dekat dengan Allah.

Aku insan biasa je. Aku sayang korang. Tutup aurat wajib. 

Nanti bila satu hari nanti korang terbuka hati, korang akan marah aku sebab aku tak ingatkan korang. Jadi sebelum korang marah aku.. aku saja nak ingatkan je.


Ok yang di bawah ni pula, Sekadar renungan
diambil dari  blog Fantasi & realiti duniaku

"Bilakah akan TERBUKA HATIMU untuk BERTUDUNG?" 

✿~ Soalan : Ustaz, saya ini orang yang tidak bertudung, ada orang bertanya bila hendak bertudung? Saya jawab, TUNGGU SAMPAI SERU, saya tidak mahu pakai tudung kerana dipaksa..takut nanti tidak ikhlas..apa pandangan ustaz?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa, solatlah walaupun dalam keadaan terpaksa..puasalah walau dalam keadaan terpaksa kerana KEWAJIPAN itu memang kadangkala bersifat TERPAKSA, dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hatipun menjadi IKHLAS untuk beribadah kepadaNya..jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadah, sampai bila hendak ditunggu? HIDAYAH bukan untuk ditunggu, IA MESTI DICARI..ia seperti makanan, jika tidak disuap..ia tidak akan masuk ke mulut..

✿~ Soalan : Ada sesetengah orang yang tidak bertudung berkata, "tidak bertudung tidak semestinya jahat..jangan terlalu kecilkan skop pemikiran sebab mentaliti manusia hari ini tidak seperti itu, kalau ada orang yang berfikiran seperti itu, orang itu SILAP..",apa pandagan ustaz?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : Memang betul, tidak bertudung tidak semestinya jahat menurut AKAL MANUSIA..tetapi Rasulullah saw telah TEGASKAN, siapa yang TIDAK BERTUDUNG..dia seorang penderhaka, dia MENDERHAKA kepada Penciptanya dan penderhaka tempatnya di dalam NERAKA..

✿~ Soalan : Ustaz, wajib tak seseorang itu MENASIHAT kawan dia supaya menutup aurat?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : WAJIB atas sesiapa yang mampu sahaja..

✿~ Soalan : Ustaz, setahu saya menutup aurat itu wajib, kalau wajib..adakah tergolong dalam DOSA BESAR?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : MEMBIASAKAN DIRI membuka aurat menjadikan dosa kecil kepada DOSA BESAR..

2 comments:

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...