Friday, April 22, 2011

Petua Melembut Dan Melicinkan Kulit

Salam.. hari ni aku nak berkongsi petua melembut dan melicinkan kulit... wah wah wah.. lepas ni, pasti kulitmu lembut bak sutera, licin bak pauh di layang (betul ke ayat nieh.. sorry tak terror lah peribahasa ni) .. btw.. apa yang anda perlukan hanyalah.....

1) air.. kalau boleh air yang bersih(aku guna air tapis..confirm bersih)
 2) Honey(madu) tak kisah lah madu khaula ke, madu giant ke.. madu asli hutan ke... asalkan madu
 3) dan ini lah bahan utamanya sedikit susu tepung (apa brand pon ok)

Memula ambil sedikit susu tepung. Campurkan dengan sedkit air, kacau dan bila sudah sebati, masukkan pula sedikit madu.Kacau sehingga sebati... Kalau boleh biar pekat sedikit. Pastu lumurkan lah ke seluruh muka dan kalau rasa rasa nak lumur satu badan pun ok jugak...Pastu biarkan lah sehingga sepuluh hingga dua puluh minit. Jangan lama sangat .. takut kena hurung lak dengan semut....hehehe...
Setelah agak agak dah meresap tu, basuhlah dengan air suam dan selawat ke atas nabi tiga kali.... Amalkanlah seminggu satu atau dua kali. Insyallah Pasti kulit anda kan jadi macam ni:





Putih, bersih (memang lah nama pon orang putih)


Dan terimkasih Misz Google for the photos(nak letak muka sendiri takut lak orang kata petua ni tipu... hehe

Kesemua Petua di dalam blog ini adalah hasil dari  perkongsian rakan rakan office, saudara mara dan diambil dari buku petua  mahupun email.Jadi, andai kata anda terserempak dengan petua i anda, sila maklumkan pada saya. Saya akan link kan atau kreditkan kepada anda .Tujuan saya post di dalam blog ini adalah semata mata untuk berkongsi ilmu dan untuk simpanan saya. Terima kasih.

2 comments:

  1. waahhh!!!boleh wat nieee...hehehhehe!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Oshin: Cubalah kat rumah.. kiter memang tiap tiap minggu buat

    ReplyDelete

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...