Tuesday, March 15, 2011

Saya ialah isteri orang.. Tapi Saya ada kekasih....

Saya adalah seorang isteri dan kekasih kepada seorang suami orang… Wow… Kontroversi tak pengakuan ikhlas ni??? Inilah pengakuan ikhlas berani seorang isteri pagi ni di Hot FM… Aku yang sedang memandu… terkedu kejap… betapa hebatnya wanita zaman sekarang ye… Hebat memperjuangkan kecurangannya dan memperlihatkan kehebatannya menduakan kasih sang suami yang sibuk…
Aduhai… memang suami mu sibuk.. tapi untuk siapa… bagi aku lebih baik kalau suami tu sibuk bekerja dari sibuk betina (maaf andai  betina adalah bahasa kasar untuk sang perampas)
Kenapa ye… ramai sekarang kaum ku yang curang dan tak malu untuk membuat pengumuman malah dengan riaknya mengatakan dirinya adalah orang ketiga.. tak malukah? Takder perasaan kah .. Hei Ladies, bukankah seharusnya kita kena menjaga maruah suami kita… Hi suami, bimbinglah isterimu…
Buat Sang Isteri yang curang…. Aku teringat cerita cerekerama minggu lepas kisah seorang  isteri yang curang kerana suaminya sibuk… lakonan Fasha Sandha dan Roy Azman.. tau apa kesudahan ceritanya???? Akhirnya Fasha Sandha gila… dan hilang suami , anak, malah kekasih gelapnya juga(suami orang) hilang.. Kenapa ni berlaku? Sebab masa curang tu, memang suami tak nampak.. anak anak tak tau… TAPI… ALLAH Nampak k… ALLAH tahu tau.. Ingat ye.. Kuasa Tuhan yang Maha Agung tu….
Buat Sang suami yang curang… Tak ingatkah pengorbanan  isterimu masa mula mula kawin.. di mana masa tu kau suami sengkek gila… nasib baik ada isteri yang tak berkira  tu nak kau… tak ingatkah dulu, betapa susahnya nak membina rumahtangga bersama seorang isteri yang setia dan sanggup berkoran… apa sahaja malah ada yang sanggup keluarkan duit untuk kau suami kerana masa tu kau susah…  hi Suami, maybe masa kau sakit nanti, patutnya isterimu tinggalkan sahaja kau… kenapa eh?? Masa kuat … tenaga zahir dan bathin … pergi menggatal.. tapi bila dah sakit… isteri yang kau tak selera dulu tu yang  jaga kau…
Buat Sang Isteri dan Suami yang setia… Alhamdulillah… aku doakan agar kalian mengecapi kebahagiaan rumahtangga kalian.. hingga ke akhir hayat… Amin
Buat aku yang single… moga aku bertemu dengan lalaki yang setia dan beriman.. dan jauhkan lah aku dari menganggu suami orang kerana aku tau aku takkan menjadi orang ketiga yang baik…

10 comments:

  1. Moga rumahtangga saya di jauhkan dengan perkara2 demikian. Sebab tu bila menjadi isteri saja saya menghadkan pergaulan.. tidak bebas mcm waktu bujang sebab takut terjerumus dalam perkara2 macam tu. Cegah itu lebih baik... Moga suami juga menjaga rumahtangga ni dgn baik & jujur..

    AHLI BINA BADAN KINI MAK NYAH

    SEBAB TAK BERTUDUNG MAKA TAK LAYAK MENYAMPAIKAN BENDA BAIK

    BOMOH MAK NYAH TIPU MAKCIK

    ReplyDelete
  2. skali tgk somi pun 2x5...mmg padan sgt la tu...huhu...bkn ape...laki baik utk ppuan baik...ppuan baik utk laki baik...

    tp x sume gitu...mebi ni ujuian utk si pasangan dia...mmm

    ReplyDelete
  3. moga dijauhkan perkara mcm tu pada diriku..huhu

    ReplyDelete
  4. harap2 aku menjadi isteri yg setia satu hari nnt.. *belum kawin.. hihihi*

    truk tol pompuan tu eah! tak malu!

    ReplyDelete
  5. saya wat entry sambungan sal tajuk ni..hehe..sorry tau..peace!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Hi eyqasara, moga moga ye...jadi isteri yang setia
    sarah : akak dah baca entry awak
    manueng: yes... kita sokong
    intan: biasalah... american style kot
    lekat lekit: kita rasa betul tindakan awak tu... lebih baik mencegah

    Insyallah moga moga kita semua dilinduginya..

    ReplyDelete
  7. ade gak tgk cite cite psl fasha sanda tue...
    mmm...
    fyna ade membe mcm nih gak...
    lastly,diorg divorce.....





    jom singgah n follow belog saya..
    http://inibelogfyna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Nauzubillah.. jauhkanlah hendakNYA.

    ReplyDelete

Every Journey Is Unique

 There is someone who says, 'Being pregnant at this age (in my 40s) is exhausting,' and I ask, 'Is it true?' She responds, &...