Wednesday, March 30, 2011

Diet dengan SANDWICH SUBWAY ??



Diet dengan Subway? First time dengar ke?? Atau korang dah lama tau .. aku yang ketinggalan…atau aku yang ter advance.. oklah.. apa yang aku maksudkan ialah Sandwich Subway.. Aku pun pada mulanya tak tau yang makanan kegemaran aku ni sesuai unutk diet.. dah banyak masuk dalam perut aku ni pun, aku masih tak tau yang ada orang dah kurus dengan hanya mengamalkan sandwich dari subway ni.. sehinggalah.. pada hari ini… apabila aku membelek belek calendar yang aku dapat awal tahun dulu…

Tengoklah pilihan sayur sayurannya.. kita boleh pilih semua kalu mahu.. sampai tak muat mulut jadinya dek kerana sayur je



kalau sesiapa tak tahu rupa restorannya..

sedap kan... nyum nyum nyum

Di mukasurat terkahir,  dinyatakan bahawa ada seorang lelaki yang beratnya 193 kg telah Berjaya menguruskan badannya dengan menukar gaya pemakannaya kepada diet SUBWAY.. Nama mamat tu ialah Jared Fogel. Dengan hanya memakan sandwich Subway samada roti putih atau roti gandum  bersaiz 6 inci  dan menjadikan aktiviti berjalan sebagai rutin beliau telah Berjaya menurunkan berat badannya sehingga 86 kg… Beliay juga menyatakan bahawa Subway Berjaya menyelamatkan kehidupannya dan tak tau macam mana nak balas jasa Subway( aku rasa dia dah balas pon dengan beli sandwich Subway yang mahal ni) wah.. impress kan .. macam senang nya dia turunkan berat dia sebanyak 107 kilo…..
Jom Makan Subway . Kalau ada sesiapa yang nak keterangan lanjut pasal Sandwich Subway ini  sila klik link ini

psst: gambar adalah ihsan dari MISZ GOOGLE

Ceriakan Hari Anda Dengan Senyuman :)

Ceriakan hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2. =)



SAPE HEBAT

Man : Bapa aku hebat.
Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang
tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.


SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.


MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau
Pinang ? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau
tak tahu, aku lagi la tak tahu".




 

Sharing.. kisah benar

Buat sahabatku, di bawah adalah pengalaman dari seorang staff CIMB, dan email ini di forward oleh salah seorang sahabatku .. Sama sama lah kita jadikan iktibar

27/3/2011 (Ahad), memang tarikh di mana aku dan keluarga serta beberapa keluarga jiran ku yg lain tak kan dapat lupakan sampai bila2...

Dalam pukul 7.10pm, satu kenangan yg memang hitam menyelubungi keluarga kami (rase tak perlu aku cakap kat mane tempat tinggal aku), di mana 3 buah keluarga (rumah) telah di 'SAMUN' secara serentak dan memang tak disangka2!!! Benda ni berlaku, kurang dari 2 minit!!! (Ape yg aku perasan)

Petang tu, aku dan keluarga baru sahaja pulang dari kampung yg terletak berhampiran dgn kawasan perumahan aku, selepas aku park je kereta dalam garaj rumah aku, mcm biase lah, mak aku akan kunci umah, aku plak sibuk keluarkan barang dari kereta... tapi hari tu, aku tergerak nak tolong mak aku sapu sampah kat luar rumah, maklum lah, musim angin kuat, berterabur sampah and daun depan umah...

Tanpa disngka, mak aku yg sedang leka nak tutup gate garaj rumah aku, seorang budak melayu yg bagi aku memang lagi tinggi dan badan pun agak besar dari aku, menghalakan parang kat tengkuk mak aku... =(  (Samun!!!). Aku time tu, mmg dah ade kat luar, kat belakang kereta bini aku kat luar... Memang aku nampak jelas tindakan diorang... 2 buah motosikal, yg aku pasti 125Z (Yamaha), satu lagi aku tak pasti..ade 4 org, 1 Melayu, 3 India...Cara diorang attack mmg cekap, ye lah, dah biasa buat, terus target kumpulan yg lemah (Perempuan dan kanak2...) kitorang kaum lelaki yg ade kat luar (cuma aku and suami jiran aku je), mmg tak kene attack dulu... Ape yg diorang buat, gertak mengunakan parang kat tengkuk mangsa (perempuan dan kanak2), time tu ape lagi, aku mmg rase jantung mmg dah tak berdegup, bile nampak parang tu kat leher mak aku...aku terus berlari dapatkan mak aku. Die mintak emas (barang kemas), diorang ni, samun, nak bende2 yg senang di jual je... Memang agresif, sampai tangan kiri aku die hentak dgn belakang parang, disebabkan tindakan aku cube nak tenangkan mak aku..ye lah, hati anak mane yg tak luruh, org yg lahirkan kite, diperlakuan mcm tu... aku terfikir juga nak melawan, tapi aku fikirkan juga keselamatan mak, adik, wife and jiran2 aku juga... jadi cube tidak melawan... Aku cakap kat family aku, bagi je ape yg die mintak... jangan melawan... Antara barang2 yg disamun dr family aku (barang kemas bini aku, hp aku, hand bag mak aku yg penuh dgn segala mcm kad dan buku akaun)...Jiran2 aku, barang kemas dan hp. Ade segelintir penyamun ni, die tak kan cederakan kite kalau kite tak melawan, ye lah, kalau kantoi, takut dijatuhkan hukuman lagi berat.. So bertindak jangan melawan...kalau korang ramai, die sorang, balun je...

Disebalik cerita ni, aku memang nak kongsi dgn korang mcm mane nak response dan berhadapan dgn situasi mcm ni. Sebelum tu, aku nak cakap, mcm mane cangih pun system keselamatan rumah korang, kalau Allah tu dah berkehendakan nya, pasti jadi... Area rumah aku, kereta peronda pun selalu meronda, mcm aku ckp, benda nak jadi, tetap jadi...

Ape yg aku nak share, antara style yg biase diorang gunakan adalah: (ni info yg aku dapat dr polis)

1) Menyerang pade waktu malam (pagi buta), tapi ade juga kes waktu pukul 8pm malam pun diorang gi merompak...
2) Die memang tahu tuan rumah nyer jadual keluar masuk rumah. (So kene alert, kalau ade org mengekori atau pdg2 rumah korang).
3) Mangsa berjalan seorang diri..
4) Dan juga waktu mangsa sedang leka, tanpa disedari sedang diperhatikan. (mcm kes aku lah, belum sempat kunci pintu garaj, dah kene attack).
5) Diorang memang dah target and survey rumah and kaw rumah korang dr dulu lagi...

*** Info yg aku dpt dr pihak polis, kalau korang rase ade benda2 yg mencurigakan dtg dr org luar (yg tak kenal) mahu pun jiran tetangga, korang berhak laporkan pade pihak polis, untuk langkah2 berjaga, diorang akan bergegas utk tgk keadaan (Ingat tu hak korang).

Ape yg perlu korang lakukan dalam keadaan mcm ni???

1) Jangan mudah panik. Bertenang.
2) Jangan cube melawan. Bertindak bile perlu (dalam keadaan kecemasan, mcm aku tadi).
3) Cube cam muke suspek, cam kenderaan suspek. Jangan berlagak Hero, tapi nyawa org lain melayang.
4) Beristigfar. Ingat Allah banyak2...insya'allah, bantuan dan pelepasan mesti ade...

Selepas menghadapi kes mcm ni:

1) Tenangkan semua ahli kelurga.
2) Cari ahli kelurga yg hilang. (Mungkin ade yg cedera).
3) Tenangkan mangsa.
4) Buat panggilan kecemasan. (Pastikan rumah korang ade no.tel direct ke bahagian kecemasan Balai Polis dan hospital, kalau call 999, response agak ambil mase). Tapi kalau dah gelabah, call je 999.
5) Kunci pintu, tunggu sampai bantuan sampai. Coz ade kes, penyamun ni attack semula, selepas die sedar ade brg die tertinggal dan tak puas ati dgn hasil diorang, berdendam pun ade.
6) Jangan sentuh sebarang benda di dalam rumah yg boleh dijadikan sebagai bahan bukti (Cap Jari, darah, barang suspek). Isolate tempat tu dulu.
7) Jiran2 pulak, jangan buat tak tahu, tolong bagi response.

Bile bantuan sampai, pihak Polis akan suruh korang buat langakah seterusnya. Mane hp,kad kredit, kat atm yg kene rompak, cepat2 block. ye lah, baru kene rompak, tapi jangan sampai tanggung hutang si perompak...

Aku mmg beria2 dan sungguh2 nak share bende ni dgn korang, as safety practitioner, yg telah menghadapi bende ni dgn sendiri,aku lihat mcm mane nyawa kami sekeluarga dihujung sebilah parang, dan melihat org yg tersayang diperlakukan mcm binatang,aku rase ini adalah tanggungjawab aku, untuk sampaikan pade korang semua!

Tanggungjawab korang, tolang pas2 pade kawan...bukan maksud aku kite semua tak selamat, tapi penyamun dan penyangak ni yg buatkan kite mesti sentiasa beringat. Kite rase kite dah ambil tindakan secukupnya untk menjaga keluarga, tapi, diorang ni lagi bijak dr kite.. Jadi, dunia skang ni, kite kene lebih dekatkan dr pada Allah, percaya pada qada' dan qadar..semua adalah ketentuan...Allah tak kan uji kite kalau kite tak mampu...harta bukan segalanya... Keluraga dan nyawa lebih dr segalanya...


Ahmad Fadzli Bin Zulkaple
-Kisah Benar-

Saturday, March 26, 2011

MS Weiyda.. kiter suka sangat

MS WEIYDA........... U ARE SOOOO SWEET...
 

Buat Ms Weiyda,

Thank you sesangat buat entri khas sempena besday kiter..
Sorry baru today dapat baca, coz kiter ada problem ngan broadband,...
Tau tak... kita buat entri khas untuk awak kat kedai mamak tau... 
semata mata untuk awak tau lalink.....
Apa apa pun... kita sangat happy ... really appreciate it...
ni dah cair dah nie..

Eh?? dah kena tahan wad?? awak dah bersalin ke???
Semoga awak selamat melahirkan baby Comey..
Jangan lupa buat entri khas pengalaman melahirkan Si Comel ye...
Anyway..

THANKS A LOT BUAT



Friday, March 25, 2011

AKU BENCI ***** BROADBAND...

Pernah tak sesiapa rasa cam nak campak broadband korang dalam longkang.
Malam ni aku yang penyabar memang tak boleh sabar
mentang mentanglah aku tanya bila aku punya kontrak habis?
takkan lah ko nak sabotaj aku.
boleh korang tanya lak tu.. 
cik, boleh saya tahu sebab apa cik tak nak gunakan perkhidmatan broadband kami lagi?
masa tu mood aku baik.. so senyum simpul simpul
tapi kalau malam ni aku di tanya...
aku pasti  akan jawab..aku tak nak guna broadband ni sebab .. 
pertama: sorry to say ur service is S**K
kedua: customer service korang KURANG DIDIKAN.


ok.. aku nak tdo.... Gud nite..

Senjakala filem Twilight versi Melayu?


Kali pertama aku dengar cerita pasal Senjakala ni, terlintas di hati aku adakah filem ini adalah filem Twilight yang di melayukan? tapi sangkaan ku ternyata meleset. Hanya tajuknya sahaja Twilight di mana di dalam Bahasa melayu bermaksud Senjakala. Jalan cerita yang kurasa menarik ni, pasti akan membuat aku cuba untuk melapangkan masa demi melihat sekali lagi hasil tangan dari Ahmad Idham yang akan ditayangkan pada 14 April nanti. Dah macam jadi trend pulak ye sekarang filem hantu kat Malaysia sekarang ni ? Dan Alhamdulillah  murah pulak rezeki Cik adik Liyana Jasmay kita ni....


Ahmad Idham Berhati-Hati Bikin 'Senjakala'
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Filem Senjakala bakal menemui penonton di pawagam pada 14 April ini. - Foto Excellent Pictures.
PETALING JAYA: Industri perfileman yang melahirkan banyak karya seram membuatkan pengarah filem Ahmad Idham lebih berhati-hati dalam merealisasikan karyanya menerusi Filem Senjakala.
Filem yang akan ditayangkan pada 14 April ini mengangkat persoalan di antara cinta dua insan dan makhluk ghaib belaan mereka.
Kata Idham, adegan seram yang cukup menakutkan sudah menjadi satu penanda aras dalam karya seram pada hari ini.
“Tapi sebenarnya, plot dan penceritaan masih menjadi inti pati sebuah cerita seram yang bagus.
"Senjakala memberi kepuasan kedua-duanya iaitu unsur seram dan jalan cerita yang boleh dihayati oleh penonton,” katanya.
Filem ini menjalani penggambaran sekitar Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam selama 20 hari dengan membariskan pelakon-pelakon hebat iaitu Zahiril Adzim dan Liyana Jasmay serta dibantu oleh Kamal Adli dan Faezah Elai.
Ia diterbitkan di bawah syarikat produksi Idham iaitu Excellent Pictures.
Dengan kos mencecah RM1.7 juta keseluruhannya, Senjakala diinspirasikan oleh Idham dengan mengangkat dua watak utama iaitu Arman (Zahiril) dan Karlisa (Liyana). Senjakala menceritakan bagaimana Karlisa yang kematian tunangannya dalam kemalangan jalan raya telah pulang ke Kampung Senja Lama iaitu tempat dia membesar bersama-sama teman rapatnya, Isabella.

Salah satu aksi yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim.
Di kampung tersebut, Karlisa telah tinggal dengan Opah Maimon selain sering bertemu dengan Arman, seorang jejaka kampung yang hidup terasing dari orang lain.
Perkenalan itu menyingkap satu rahsia di mana kedua-duanya mempunyai saka peninggalan orang tua mereka.
“Cerita ini menjelaskan bagaimana keadaan mereka yang ‘membela’ sesuatu. Selain itu, ia turut merujuk kepada kelakuan, percakapan, pergaulan dan apa yang berkaitan dengan orang seperti ini,” kata Idham.
Kala ditanya apa bezanya Senjakala dengan karya-karyanya terdahulu seperti Jangan Pandang Belakang, Congkak dan Niyang Rapik, pengarah ini memberitahu, filem ini dihasilkan dengan elemen terbaik yang ada dalam filem-filem tersebut.
“Kombinasi yang terbaik dalam Senjakala adalah dua pelakon utamanya, Zahiril Adzim dan Liyana Jasmay yang pernah dicalonkan untuk Shout! Awards 2009, bagi kategori ‘Best On Screen Chemistry’. Kemesraan ini dapat dilihat melalui Senjakala,” jelas Idham menceritakan mengenai pemilihan dua pelakon utama filem ini.
Bagi pemenang Anugerah Sinematografi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23, melalui filem Niyang Rapik, jurukamera Raja Mukhriz menganggap Senjakala memberi satu peluang lebih besar dalam menjana kreativitinya melalui teknik kamera yang menjadi sebahagian dari elemen penceritaan.
“Jika dilihat pergerakan kamera yang lebih seperti terapung juga boleh diistilahkan sebagai ‘unstability of movement,’ (pergerakan yang tidak stabil) adalah satu kaedah untuk membawa penonton sebagai pihak ketiga dalam Senja kala.
Ia merujuk kepada saka untuk setiap watak,” jelas Raja Mukhriz lagi.
Secara normal, sesebuah karya seram, boleh dipertingkatkan lagi nilai dan aspek ketakutan itu melalui sentuhan kesan khas, terutamanya makhluk ghaib atau hantu di dalam sesebuah filem.
Sementara itu, Mohd Khalil Md Yusuf atau lebih dikenali sebagai Amy Chantik, diberi peluang buat pertama kalinya bekerja di bawah Ahmad Idham untuk menzahirkan kesan khas seram.
Bagi Amy sendiri, melakukan kesan khas dalam Senjakala merupakan satu tugas yang berlainan dari apa yang telah dilakukan sebelumnya.
“Saya perlu membuat kajian yang lebih menyeluruh melalui penyelidikan dan pemerhatian terutamanya kepada mereka yang pernah terlibat dalam amalan saka selain rujukan di Internet mahupun buku-buku.
“Saya cukup teruja dan berterima kasih, sekali memberikan sepenuh komitmen dalam memenuhi hasrat pengarah,” kata Amy.
Excellent Pictures telah menerbitkan filem-filem lain antaranya Tipah Tertipu, Impak Maksima dan Niyang Rapik.
Selain itu dua buah filem iaitu Hantu Bonceng telah selesai proses pasca produksi dan menanti tarikh tayangan manakala filem Jangan Pandang Pandang baru sahaja selesai menjalani proses penggambaran.


Thursday, March 24, 2011

Salah ke Tol NPE turun harga..

Today aku sampai agak awal kat rumah. mana tak nya semua tol aku ikut. Smart Tunnel RM2.00, Pastu masuk NPE kena RM1.60 , pastu tol kedua yang berhampiran dengan Kampung Medan tu pulak RM 1 .Kalau dulu kena RM1.60 lagi mahal. Walaupun turun enam posen je, dan ramai jugaklah yang komplen dan tak puas hati pasal penurunan harga setakat 60 sen ni, tapi bagi aku, aku dah cukup bersyukur dah. Alhamdullillah walaupun dulu harga tol tu singgit enam, aku masih lagi boleh bayar, jadi bila dia turunkan enam posen ni, aku tetap bersyukur. sekurang kurang nya ringanlah beban nak bayar tol tiap tiap hari kan.Tapi ada juga kerisauan kalau kalau nanti in future banyak kereta.

Berbalik pada kisah penurunan harga tol ni, kenapa ye ramai yang tak puas hati ye? Sebab memang semua salah ye apa yang kerajaan buat? turun salah, naik pun salah.Emm yang mana tak salah? Mungkin sebab bukan tol kat area rumah diorang ke yang turun? takpelah.. asalkan aku bersyukur dengan apa yang kerajaan .. Opss bukan... bukan kerajaan yang memurahkan rezeki aku.. Tapi Allah SWT. Alhamdulillah.... Bersyukurlah apa jua nikmat yang Allah berikan walaupun hanya sedikit.. Insyallah .... mudah mudahan akan datang ada lah lagi nikmat dari NYA.

Notakaki: Aku bukan orang kuat kerajaan, cuma aku orang yang tahu bersyukur dengan apa yang ada.

KAABAH ENGGAN BERGERAK


Sebenarnya Hari Isnin yang lepas, aku baru je ambil mak , ayah dan nenek aku balik dari mengerjakan ibadah umrah. Gembira dan bersyukur tak terhingga apabila melihat meraka sampai dengan selamat... Belum pun sempat masuk ke dalam kereta, mak aku kata... "Best kat sana.. kitorang dah cadang nak pergi lagi bulan dua belas ni".. aku dan adik adik semua terdiam??? kitorang semua rindu dua minggu tak jumpa... tapi boleh lagi mak aku buat statement nak pergi lagi??? Tapi tulah nikmatnya pergi ke tanah suci Mekah. Dah pergi sekali.. nak pergi berkali kali... Dibawah ada satu cerita yang buat hati aku rindu pada lamabaian kaabah.. Insyallah kalau ada rezeki.. nak juga aku menunaikan ibadat haji dan juga umrah.. Insyallah..
Rasa nak menangis bila membaca.  Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi.

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.

Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak
menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir..

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....

Wednesday, March 23, 2011

Makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW...

Semua orang ada makanan kegemarannya tersendiri. Kau ada.. aku pun ada. Tapi yang menariknya Rasulullah kita sendiri juga mempunyai makanan kegemarannya yang tersendiri di mana sudah tentulah sangat berkhasiat dan bermanfaat kepada tubuh badan kita. Oklah.. kita lupakan lah sebenatar sate, pizza, ikan bakar mahupun burger yang menjadi makanan kegemaran kita sepanjang tahun. Marilah kita sama sama mengamalkan makanan yang menjadi kegemaran Nabi kita. 


1. Barli –  Amalkanlah meminum sup barli kerana ianya sangat baik untuk meredakan demam.

2. Kurma - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar, rumahnya seperti tiada makanan", Bagi ibu mengandung, digalakkan mengambil kurma sebagai makanan tambahan



3. Buah Tin – Sesiapa yang ada buasir digalakkan memakan buah yang dikatakan adalah buah dari syurga
4. Anggur – Tahukah anda bahawa Rasulullah S.A.W. sangat gemar memakan buah  anggur? Dikatakan dapat membersihkan darah, memberi tenaga , menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.
5. Madu – merupakan  penawar terbaik bagi penyakit cirit-birit sekiranya diminum dengan air panas. Ia digunakan untuk menaikkan selera serta menguatkan perut, ia juga dikatakan dapat dijadikan sebagai pengawet daging, perapi rambut, dan pencuci mulut. Ia juga dipercayai sangat berkhasiat sekiranya di ambil pada waktu pagi bersama air suam.
6. Semua Jenis Tembikai - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorangpun wanita yang mengandung  dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya".




7. Susu - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa susu menghilangkan panas/haba di hati hati seperti  jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan mengelakkan kita daripada penyakit nyanyuk.


8. Cendawan - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata.Dikatakan  juga bertindak sebagai perancang keluarga  dan menahan daripada lumpuh.

9. Minyak Zaitun – dikatakan sangat elok untuk kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.
10. Delima - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan daripada syaitan dan iblisselama 40 hari.


11. Cuka - Rasulullah S.A.W. sangat  suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu popular di restoran elit di Itali)


12. Air - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan meneguk, meneguk boleh menyebabkan kesakitan pada paru-paru".
Sumber: presentation prepared by Mahtab Anwar

Tuesday, March 22, 2011

Fenomena Aneh Ikan Kerana Tsunami

Kejadian aneh dan misteri ini berlaku di persisiran pantai Acapulo, di Mexico. Pada mulanya mereka ingat itu adalah tumpahan minyak..tapi setelah diperhatikan dekat dekat ianya adalah sekumpulan ikan sardin yang berenang berhampiran persisiran pantai. Menurut nelayan tempatan, kejadian ni belum pernah lagi berlaku sebelum ini...
 Wah wah wah... nelayan ni tak menang tangan ye nak tangkap ikan ikan sardin... bak kata pepatah melayu musuh jangan dizari rezeki jangan di tolak
Terdapat lebih kurang 20 hingga 30 keluarga nelayan yang tidak melepaskan peluang yang sangat menguntungkan ini



 Tapi ada juga yang takut dengan kejadian misteri ini... Lihat di sana, yang sedang seronok berenang renang, semuanya berlari lari anak menyelamatkan diri...

Ini baru dilanda ikan sardin.. kita dah rasa takut . Ini kan pulak kejadian tsunami.. apa apapun yang berlaku ianya adalah kerana kebesaran Allah S.W.T

Sunday, March 20, 2011

Resipi Roti Jala dan Kari Ayam

Yeezza.. apa ye menu kita hari ni.. sudah pastinya roti jala dan juga kari ayam yang lazat. di bawah adalah resipinya.. mari kita cuba

                                                                         gambar ikhsan MiszGoogle

Roti Jala

Bahan bahan unutk 10 hinhha 15 orang

  • 450g tepung gandum
  • 1 camt garam
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 450 ml susu segar
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

                                                                       gambar ikhsan MiszGoogle

Cara cara memasak 

  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
  2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
  5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
  6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
  7. Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.
Kari Ayam

Bahan bahan(juga 10 hingga 15 orang)

  • 2 ayam - dipotong kecil
  • 2 biji bwg besar, 10 ulas bwg putih, 3 inci halia - dimayang halus
  • 2 tangkai daun kari 2 tangkai - dibuang tangkai
  • 6 sudu rempah kari ayam/daging - jadikan pes, bancuh rempah kari dengan segelas air
  • 3-4 sudu cili kering yg telah dikisar
  • 1 kilo - santan 
  • 3 biji tomato
  • garam & gula secukup rasa
  • 8 biji kentang

Cara Cara memasak

  1. tumiskan bahan yang dimayang dalam kuali bersama daun kari sehingga naik bau
  2. kemudian, masukkan pes kari bersama dengan cili kering yang dikisar. tunggu sehingga rempah kari betul-betul masak. sekiranya pes kari tak berapa masak lagi, anda perlu menambah sedikit air agar pes kari tidak hangit. tunggu sehingga pes kari/cili pecah minyak.
  3. masukkan ayam dan kentang. tunggu sehingga ayam empuk dan kecut
  4. masukkan santan, tomato, gula & garam secukup rasa
  5. tunggu sehingga santan mendidih. angkat. siap untuk dimakan
 Wah meleleh air liur ku... nyum nyum nyum


Kesemua Resipi di dalam blog ini adalah hasil dari  perkongsian rakan rakan office, saudara mara dan diambil dari buku resipi mahupun email.Jadi, andai kata anda terserempak dengan resipi anda, sila maklumkan pada saya. Saya akan link kan atau kreditkan kepada anda .Tujuan saya post di dalam blog ini adalah semata mata untuk berkongsi ilmu dan untuk simpanan saya. Terima kasih.

Saturday, March 19, 2011

9 JENis WaNita Yg Jd PerHatian..

Kadang kadang rasanya penat lah nak mencuri perhatian lelaki kan?? korang tak ke? aku je ke?? aik aik aik.. 
aku sorang je yang memerlukan perhatian lelaki eh..


Korang tidak atau TAK NAK mengaku... Honestly.. aku tegaskan tak salah kalau kita berusaha untuk mencuri perhatian suami kita (aku belum kahwin so... Pakwe aku lah) Opss.. jangan salah faham dengan statement aku.. bukan lah aku nak ambil perhatian dia dengan benda benda tak senonoh lah.. selalunya.. aku mesti berusaha unutk jadikan diri aku ni lebih cantik lah, kuruslah.. pendek kata apa sahaja yang boleh di buat agar Si DIA hanya memandang aku seorang... dan KATAKAN tidak pada yang lain.. 


Ada yang kata alah... kalau lelaki benar benar sayang kan kita, dia kena  terima kita seadanya.. TAPI.. korang pasti ke yang suami korang atau boyfren korang tergolong di dalam lelaki yang terima seadanya itu??


Dan... kalau kau dah cakap macam tu, aku takleh nak kata apa.. so.. kalau lah suami kita tinggalkan kita pasal kita dah tak menarik, korang jangan nangis... pasal.. dulu dengan megahnya korang kata dia kena terima kita seadanya dan kutuk kutuk orang yang sibuk nak cantik( terjadi kepada sahabat aku) 


Bagi aku aku tak nak tanggung risiko.. kalau boleh , biarlah penampilan aku sedap mata memandang.. 


Emm.. ada SUAMI kita kata... Takpelah.. i tak kisah u gemuk.. i tetap sayang u...


OHHH NO NO NO... jangan percaya kata manis begitu... (mak aku pesan) 


Memang mereka akan tetap terima kita seadanya... tapi korang sanggup ke dia mencuci mata di luar sedangkan kita kat rumah hanya tempat melepas apa yang dilihat di luar..


 Boyfren aku kata, dia tak nak tipu aku.. dia tak suka aku gemuk sangat dan comot... dia kata lelaki tipu kalau dia kata kita cantik walupun kita masa tu selebet giler... ITU Kata dia( boleh di ambil kira bcoz dia lelaki, dia memang tak sayang mulut pon)


ok.. bagi aku NO HARM lah... bukannya susah...jaga je lah apa yang patut kan...


Tapi kalau kita dah usaha SI DIA tetap tinggalkan kita... Its ok...
Sekurang kurangnya orang akan kata:


Bodohlah SI polan tu tinggalkan bini dia.. bini dia dah lah cantik, solid..bodoh betul..


ATAU orang akan kata :


Lah.. patutlah dia tinggalkan bini dia.. kalau aku pon tak sanggup .. dah lah bini dia gemuk.. lah.. bla bla  bla(bab kutuk ni serah kan je pada lelaki) 




Mungkin ada di kalangan reader yang tak suka apa yang aku kata, pendapat masing masing


Apa salahnya kita cantik untuk suami.. suami kita juga kan??? 


Aku tak rasa lelaki nak tengok isteri dia yang comot dan busuk ... Hey... dia orang pon ada taste lah..


Tapi selain kecantikan.. ada lagi yang perlu kita ambil berat .. Di bawah adalah petikan yang aku dapat dari email forward kat office.. sama sama lah ye kita berusaha menjadi yang terbaik di mata suami kita...Opps.. boy fren aku.. aku lom kawin lagi.. 



1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketikasedang stress,cemas, gelisah dan senang. ( Kalau muka kau garang macam singa ... laki kau pun takut nak balik rumah.. baik dia kawin dengan singa kat zoo.. apa bezanya kan)


2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny­a kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan
kelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.( ala.. manja manja sikit lah.. ni tak . bila dia minta di manjai, korang kata depa buang tebiat)


3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima
seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. (Ni masa laki kau sibuk nak pergi kerja masa tu lah kau sibuk nak carik gaduh.. tu yang elok elok takder ot, terus balik lambat)




4 . MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.( tak salah puji suami, ni tak kalau jumpa kengkawan, asyik mengadu perihal suami  yang begini lah begitula, dah lah tu lagi puji puji suami org lain.. tu yang suami kau pergi puji pompuan lain)


5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik,bersih, kemas dan menarik.Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.(kan aku dah kata, tak percaya ke)


6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual.Walau walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif,tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik,serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.(Ni tak.. bila laki kau cerita pasal bola, kau bising bising lagi ugut tidur luar bilik bila tiba musim bola, tak sporting langsung.. tu yang ngadu kat bibik tu)




7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasan yg baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.(ni nak ajak balik rumah mak mertua, ada je alasan ko..kucing nak beranak pon boleh dijadikan alasan.. hihi.. tu aku ke?)





8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang
wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.( Ko dah jadi bini orang .. pandai pandailah... ni tak... kat office pon nak gedik... bagilah chance kat yg bujang macam aku ni.. hik hik)


9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg
susah.Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan
spontan mencerminkan hati yng mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.*( Laki ko yang sedekah.. nape ko yang bising lak? kecoh betul)


**